DAP serlah sikap kurang ajar sebenar, bidas Pemuda MCA

June 2, 2025 · Politik

Pemuda MCA membidas DAP yang bersikap kurang ajar apabila tidak menerima kritikan serta teguran terhadap pemimpin mereka, sebaliknya membuat tuduhan tidak berasas kepada MCA.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong yang menyifatkan DAP ‘si musang berbulu ayam’ sebagai penghasut serta pemecah-belah, ia reaksi terhadap kritikan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan yang membuat kenyataan angkuh menyuruh MCA keluar daripada kerajaan.

“Kenapa DAP terkesan sangat emosinya apabila MCA mengangkat suara rakyat, memperjuangkan isu negara dan menyatakan kebenaran?,” soalnya.

Sambil memberi contoh, Choo Seong berkata, contohnya isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terbukti benar apabila tabung persaraan itu rugi antara RM500 juta – RM700 juta kerana menjual saham dengan harga RM6, kemudian beli balik dengan harga RM11 sesaham.

Begitu juga dengan isu MyKiosk yang berharga RM25,000 seunit, sedangkan di pasaran hanya dijual serendah RM12,500 hingga RM16,000.

Bahkan dakwaan MCA kiosk itu masih banyak kosong dan terbiar itu juga benar, katanya.

Terbaharu isu tong gas LPG apabila peralihan kepada penggunaan LPG komersial yang berharga sekitar RM65 hingga RM70 bagi silinder 14 kilogram (kg) berbanding RM26.60 hingga RM30 untuk gas subsidi.

Choo Seong berkata, kenaikan ini menyebabkan peniaga tiada pilihan menaikkan harga jualan kerana kos operasi mereka meningkat dan kesannya sudah tentulah rakyat selaku pengguna. Ini juga satu realiti dan kebenaran.

Oleh itu, soalnya, salahkah MCA membela nasib rakyat.

“Kalau DAP tak mampu nak membantu rakyat, selesaikan masalah, maka pergilah balik rumah goyang kaki dan tidur.

“Rakyat ada MCA dan BN. Kami sentiasa mendahulukan rakyat,” tegasnya.

MCA tidak akan menjadi ‘pak turut’ dalam kerajaan Perpaduan tetapi akan terus berjuang untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Ling Tian Soon menegaskan, pihak lain tidak perlu sibuk dan pendirian parti berkenaan adalah menyokong kerajaan tetapi bukan membuta tuli apabila menyentuh kepentingan rakyat.

“Sebagai Ketua Pemuda MCA, saya ingin menegaskan MCA menyokong Kerajaan Perpaduan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Namun, sokongan ini tidak bermakna kami akan berdiam diri apabila berlaku ketidakadilan atau dasar yang menjejaskan rakyat.

“Kritikan yang disuarakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, adalah berdasarkan fakta dan bertujuan untuk memastikan kepentingan rakyat terpelihara.

“Misalnya, isu pemansuhan subsidi LPG yang menimbulkan kekeliruan dan beban kepada pengguna perlu dijelaskan dengan telus,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Syahredzan menggesa lebih baik MCA keluar sahaja daripada kerajaan berikutan tindakan pemimpinnya, khususnya Ka Siong yang didakwa terus-menerus menyerang kerajaan dengan fakta yang tidak tepat.

Berita berkaitan
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
18 jam lalu· Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
18 jam lalu· Politik
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
18 jam lalu · Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026 · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
April 30, 2026 · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
April 30, 2026 · Politik
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
April 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok