Darjah Kebesaran Rais Yatim ditarik balik serta-merta: Istana NS

1 jam lalu · Politik

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri yang dikurniakan kepada Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah, Mohd Zafir Ibrahim berkata, titah berkenaan melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang dikurniakan pada 2001 serta Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang diterima Mohd Rais pada 1979.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) (2001) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) (1979) kepada Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan sebab atau alasan penarikan balik kedua-dua darjah kebesaran tersebut.

Mohd Rais merupakan tokoh politik veteran yang pernah memegang pelbagai jawatan penting di peringkat negeri dan Persekutuan.

Beliau pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari 12 Julai 1978 hingga 29 April 1982 sebelum menyertai pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai menteri dalam beberapa portfolio.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara sebelum menamatkan perkhidmatan pada Jun 2023.

Kini, Mohd Rais memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Wawasan Negara.

Penarikan balik darjah kebesaran oleh pemerintah negeri merupakan tindakan yang jarang berlaku dan lazimnya dibuat atas titah pemerintah bagi menjaga martabat serta kehormatan institusi diraja negeri.

Dalam kes ini, Istana Negeri Sembilan menegaskan keputusan tersebut dibuat demi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
PRN Negeri Sembilan: Politik idea atau politik perkauman, siapa sebenarnya menang?
4 jam lalu· Politik
Anwar: Tiada siapa kebal, laporan RCI TH didedah supaya salah laku disiasat
4 jam lalu· Politik
PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB
12 jam lalu· Politik
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji: Pengkhianatan terbesar datang dari tangan sendiri
July 30, 2026 · Politik
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
12 jam lalu · Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
12 jam lalu · Politik
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
17 jam lalu · Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
July 29, 2026
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok