Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini

July 29, 2026 · Politik

Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memasuki fasa lebih sengit apabila MCA menjadi sasaran serangan di media sosial susulan ucapan seorang ahli perniagaan yang mengaitkan pengaruh ekonomi masyarakat Yahudi di Amerika Syarikat sebagai contoh kepada masyarakat Cina.

Susulan kenyataan itu, hari ini, akaun Facebook pro-Pakatan Harapan mula menyebarkan klip video ucapan Presiden Dewan Perniagaan Cina Iskandar Puteri, Ang Kian You, yang disunting dengan kapsyen mendakwa MCA menggalakkan masyarakat Cina bertindak seperti orang Yahudi.

Pempengaruh yang dikaitkan dengan PKR, Jason Yew, turut memuat naik hantaran berbunyi, “Undi BN-Perikatan Nasional, dapat MCA Yahudi.”

Serangan itu dilihat berlaku ketika Bahau menjadi antara kerusi tumpuan menjelang hari pengundian Sabtu ini, sekali gus mengheret MCA ke dalam polemik yang tercetus daripada ucapan Ang pada satu majlis makan malam di Bahau, Ahad lalu.

Dalam ucapannya, Kian You berkata masyarakat Cina di Malaysia tidak perlu terlalu ramai dari segi jumlah penduduk, sebaliknya perlu memperkukuhkan penguasaan ekonomi.

“Jangan bercakap soal jumlah penduduk. Ramai orang kata Cina tidak mahu anak, dan saya pula kata Cina tidak perlu ada terlalu ramai anak.

“Lihat orang Yahudi di Amerika Syarikat. Jumlah mereka tidak sampai 10 juta, tetapi jika mereka bersin, Presiden Donald Trump akan bergoyang. Mengapa? Kerana mereka menguasai ekonomi,” katanya.

Beliau turut berkata masyarakat Cina di Malaysia berhak menikmati masa depan yang lebih baik dan perlu memberi tumpuan kepada kekuatan ekonomi, selain mengkritik dasar kerajaan semasa yang menurutnya tidak memihak kepada komuniti itu.

Kian You sebelum ini pernah dikaitkan dengan MCA, namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau merupakan ahli parti berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau turut memberi gambaran pernah membantu kempen MCA pada Pilihan Raya Negeri Johor.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, menjelaskan majlis berkenaan bukan dianjurkan oleh parti itu dan memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan bagi menjelaskan isu tersebut.

Majlis makan malam sama sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila Timbalan Exco Johor, Chan San San, menerima kritikan susulan gurauannya mengenai Bahau yang dianggap terpencil.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandang daripada Pakatan Harapan, Teo Kok Seong, dan calon Barisan Nasional daripada MCA, Chong Fui Ming.

Pada Pilihan Raya Negeri 2023, Kok Siong mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 8,408 undi, menjadikan Bahau antara kubu kuat PH di Negeri Sembilan yang kini terus menjadi perhatian sepanjang tempoh berkempen.

Berita berkaitan
Azeez Rahim sedia disiasat semula, susulan pendedahan laporan RCI Tabung Haji
7 jam lalu· Politik
Darjah Kebesaran Rais Yatim ditarik balik serta-merta: Istana NS
12 jam lalu· Politik
PRN Negeri Sembilan: Politik idea atau politik perkauman, siapa sebenarnya menang?
14 jam lalu· Politik
Anwar: Tiada siapa kebal, laporan RCI TH didedah supaya salah laku disiasat
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
RCI TH didedah ikut proses, tunggu persetujuan Kabinet nyahklasifikasi: Fahmi
2 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Pengkhianatan terbesar datang dari tangan sendiri
11 jam lalu · Politik
PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB
23 jam lalu · Politik
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
23 jam lalu · Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
Altimet gesa tumpuan diberi kepada nasib pendeposit Tabung Haji
2 jam lalu
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
July 29, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok