Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli.
Malaysia menyaksikan transformasi ketara dalam landskap demokrasi di bawah pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli berkata ia berbeza dengan era lampau di mana suara rakyat sering dibungkam, kini hak berhimpun dan bersuara bebas dilindungi sepenuhnya.
“Malaysia pernah melalui zaman di mana suara dibungkam, perhimpunan dibedil, dan perbezaan pendapat dijenayahkan.
“Di era Madani, pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan. Ini bukan kelemahan pentadbiran, ini kekuatan demokrasi sebenar.
“Kerajaan Madani telah menzahirkan ruang demokrasi yang bukan hanya dilaungkan, tetapi benar-benar dirasai. Hak untuk berhimpun dan bersuara kini menjadi satu norma yang dihormati dan dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berhubung perhimpunan ‘Turun Anwar’ semalam di ibu negara, Adam berkata PKR tidak melihat ia sebagai satu bentuk ancaman dan bukan kerajaan lemah sebaliknya ia adalah bukti kematangan demokrasi.
“PKR melihat himpunan ini bukan sebagai ancaman, tetapi lambang perubahan budaya politik yang dahulunya pernah dibelenggu pemerintahan kuku besi.
“Perbezaan pandangan harus diraikan. Dalam demokrasi, suara yang menyokong mahupun menentang; kedua-duanya penting dan wajar dilindungi,” ujarnya lagi.
Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, usaha kerajaan dalam isu kos sara hidup, pembasmian kemiskinan, reformasi ekonomi, pendidikan dan pekerjaan adalah bukti komitmen berterusan kepimpinan negara.
Katanya, di pentas dunia, kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan mulai berhasil mengangkat semula imej Malaysia sebagai sebuah kuasa ekonomi yang stabil dan diyakini negara luar pasca pandemik.
“Peranan kita kembali diiktiraf, suara kita kembali didengari.
“Ini mungkin meresahkan pembangkang. Ketika kerajaan sibuk memulihkan negara, pembangkang ketandusan hala tuju,” katanya.
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri