Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong.
Selepas Nga Kor Ming menyifatkan MCA sebagai gunting dalam lipatan kerana didakwa berulang kali melemparkan fitnah terhadap Kerajaan Madani, Timbalan Pengerusi DAP itu pula diibaratkan seperti ‘musang berbulu ayam’.
Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong membidas Kor Ming kerana tidak bersikap terbuka menerima teguran dan kritikan daripada parti yang membentuk kerajaan ketika ini.
Choo Seong menasihati Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu agar tidak cepat melenting jika berpendapat dirinya berada di pihak benar.
Selain itu, beliau antara lain meminta Ahli Parlimen Teluk Intan itu untuk membuat pembetulan sekiranya berlaku sebarang kesalahan atau kelemahan sepanjang menguruskan pentadbiran negara.
“MCA mengeluarkan kenyataan berfakta, konsisten dan paling penting adalah demi menegakkan keadilan serta kebenaran, selain mempertahankan kepentingan rakyat.
“Jika beliau (Kor Ming) rasa kenyataan MCA atau mana-mana pemimpin MCA berunsur fitnah, ambillah tindakan undang-undang sewajarnya terhadap individu yang dikatakan memfitnah itu. Biar mahkamah serta proses undang-undang menentukan pihak yang betul dan salah.
“Sering kali kita mendapati beberapa dasar baharu turut mendapat tentangan dan teguran ahli Kerajaan Madani yang lain, termasuk daripada DAP sendiri seperti Lim Guan Eng serta pemimpin PKR dan UMNO. Kenapa Kor Ming hanya bertindak balas terhadap kenyataan MCA?” katanya dipetik laporan BH.
Terdahulu, Kor Ming dilapor mengeluarkan kenyataan mengecam MCA sebagai gunting dalam lipatan kerana didakwa berulang kali melemparkan fitnah terhadap Kerajaan Madani, termasuk berhubung isu biasiswa atau pinjaman pendidikan yang dikata dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Kor Ming sebelum ini juga mendakwa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diterajuinya menjadi sasaran serangan MCA, terutama berkaitan pelaksanaan Program MyKiosk.
Berhubung isu Program MyKiosk, Choo Seong berkata, MCA tidak pernah menuduh mana-mana pihak, sebaliknya hanya membangkitkan perkara yang menjadi pertikaian ramai itu apabila banyak gerai berkenaan dikatakan kosong dan terletak di lokasi tidak sesuai.
“Malah hingga hari ini, masih kelihatan banyak gerai MyKiosk yang kosong dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
“Selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kor Ming sepatutnya mengakui kelemahan ini serta memperbetulkan kelemahan sedia ada kerana ia membabitkan projek bernilai ratusan juta ringgit daripada duit rakyat, selain berkepentingan awam,” katanya.
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum