Dr Mahathir tiada tenaga selepas makan ubat, mahkamah tangguh bicara kes saman

October 21, 2025 · Politik

Prosiding saman fitnah yang difailkan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan hanya selepas 30 minit bermula.

Punca penangguhan prosiding hari ini atas permintaan pihak plaintif, Dr. Mahathir, yang merupakan saksi pertama dalam kes berkenaan.

Bekas perdana menteri yang baru menyambut ulang tahunnya yang ke-100 itu memberitahu mahkamah tidak mempunyai tenaga untuk meneruskan sesi soal jawab oleh peguam pihak defendan.

“Saya baru sahaja makan ubat maka saya tidak dapat berfungsi sepenuhnya dan tiada kekuatan untuk bercakap,” jelas Dr. Mahathir di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Donald Joseph Franklin.

Susulan itu, peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, memohon penangguhan prosiding.

Permohonan itu tidak dibantah oleh peguam Anwar, Ranjit Singh.

Hakim Donald kemudiannya membenarkan prosiding ditangguhkan dan dijadualkan disambung semula pada Khamis ini untuk sesi soal balas ke atas Dr. Mahathir.

Selepas prosiding, Muhammad Rafique menegaskan kliennya berada dalam keadaan sihat, hanya memerlukan rehat yang secukupnya.

“Beliau telah mengambil cuti separuh hari dan dijangka kembali cergas dalam prosiding soal balas oleh peguam defendan, Khamis ini,” katanya.

Dalam saman yang difailkan pada 3 Mei 2023, Dr. Mahathir menuntut ganti rugi berjumlah RM150 juta daripada Anwar.

Beliau mendakwa ucapan Anwar dalam satu kongres khas telah memfitnahnya dengan mendakwa beliau ‘membolot’ harta untuk keluarganya dan memberi layanan istimewa kepada individu berpangkat tinggi.

Dr. Mahathir menegaskan kenyataan itu adalah palsu dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang negarawan.

Sebelum ini, Anwar dalam pernyataan pembelaannya menyifatkan saman itu sebagai satu cubaan untuk melemahkan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut membangkitkan isu pemberian kontrak secara langsung kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan anak Dr. Mahathir.

Kes ini dijangka menarik perhatian berterusan apabila prosiding disambung semula pada Khamis ini.

 

Berita berkaitan
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
8 jam lalu· Politik
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026· Isu semasa
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
6 jam lalu · Politik
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
8 jam lalu · Politik
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
8 jam lalu · Politik
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
8 jam lalu · Politik
BN menang di Kinabatangan dan Lamag, isyarat sokongan rakyat: Zahid
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok