Draf siap, PM akan muktamadkan RUU had tempoh jawatan PM: Azalina

September 3, 2026 · Isu semasa

Tiada lagi alasan soal draf belum siap apabila RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri kini sudah disediakan dan hanya menunggu keputusan Anwar Ibrahim untuk dibentangkan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, proses penyediaan RUU berkenaan sudah selesai, termasuk perkara berkaitan tempoh had jawatan Perdana Menteri.

“Semua dah siap dah. ‘Time period’ dah siap, tertakluk kepada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis untuk bawa dalam sesi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Penggubalan RUU Koroner, hari ini.

Azalina berkata, pindaan berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri membabitkan Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

Keperluan sama turut terpakai bagi cadangan memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang juga memerlukan sokongan dua pertiga.

“Dua-dua ini ialah pindaan kepada Perlembagaan, jadi kita perlu dua pertiga. Sama juga dengan pemisahan AG (Peguam Negara) dengan PP (Pendakwa Raya) memerlukan dua pertiga,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina mengakui faktor politik memainkan peranan dalam usaha mendapatkan sokongan terhadap pindaan Perlembagaan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau merayu semua Ahli Parlimen dan parti politik supaya menyokong RUU berkenaan demi kepentingan negara.

Menurutnya, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya penting bagi mengurangkan persepsi pendakwaan terhadap mana-mana individu mempunyai unsur politik.

“Saya merayulah kalau boleh kepada semua Ahli Parlimen. RUU yang kita buat, pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ini sesuatu yang baik.

“Ini boleh mengurangkan sedikit persepsi pendakwaan politik kepada mana-mana kes,” katanya.

Azalina berkata, sokongan terhadap reformasi itu tidak seharusnya dilihat berdasarkan kepentingan mana-mana parti politik, sebaliknya dari sudut kepentingan negara.

“Saya harap sangatlah Ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan mana-mana parti politik mesti mengalu-alukan RUU ini kerana ia membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

“Ia adalah untuk negara kita dan saya tak nak lagi dengar orang cakap bila kena dakwa, adanya udang sebalik batu dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata pemisahan peranan berkenaan juga diharap dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi pendakwaan, khususnya melalui proses pelantikan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang lebih telus serta berteraskan Parlimen.

Reformasi itu, katanya, penting bagi memperkukuh keyakinan terhadap kebebasan dan integriti proses pendakwaan di negara ini.

Berita berkaitan
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
October 22, 2026· Politik
Malaysia sedia bantu Indonesia tangani kebakaran hutan: Anwar
October 18, 2026· Isu semasa
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
6 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
13 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
16 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok