Jabatan Peguam Negara (AGC).
Dua orang guru dari sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang telah didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini atas tuduhan merotan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga mengakibatkan kecederaan.
Pendakwaan ini difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 6 Oktober lalu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Menurut kenyataan AGC, keputusan untuk mendakwa berikutan siasatan mendapati wujud asas yang kukuh kedua-dua guru tersebut telah bertindak melampaui batasan peraturan yang ditetapkan.
“Keputusan ini dibuat setelah penelitian menyeluruh terhadap hasil siasatan yang mendapati terdapat asas yang mencukupi bahawa kedua-dua orang guru yang dituduh tersebut telah melakukan tindakan melampaui peraturan yang ditetapkan,” jelas AGC.
Tindakan pendakwaan ini ditekankan sebagai langkah untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.
AGC menegaskan langkah ini tidak bertujuan merendahkan martabat profesion perguruan, sebaliknya diambil setelah pertimbangan mendalam termasuk memfokuskan hak dan kebajikan pelajar OKU yang terlibat.
“Setiap tindakan yang diambil adalah adil, seimbang dan berlandaskan prinsip undang-undang demi melindungi kepentingan semua pihak khususnya kanak-kanak dan golongan rentan,” tambah kenyataan tersebut.
Perkara ini mendapat perhatian Kementerian Pendidikan (KPM) minggu lalu, apabila Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengesahkansatu siasatan menyeluruh sedang dijalankan berhubung aduan tersebut.
Beliau memaklumkan semua pihak yang terlibat telah dikenal pasti bagi memastikan isu ini ditangani secara komprehensif.
Kejadian ini mula mendapat tumpuan setelah media tempatan melaporkan seorang pelajar perempuan OKU didakwa sering dibuli oleh seorang guru sehingga mengalami trauma.
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
99.5 peratus sekolah seluruh negara sudah diliputi rangkaian 4G
Kerajaan teliti had umur penggunaan platform permainan dalam talian
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib