Calon PH bagi DUN Jeram Padang, Manivannan.
Pakatan Harapan (PH) meletakkan agenda kebajikan sebagai antara keutamaan dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang menerusi pelbagai inisiatif yang menyasarkan veteran, pesara, warga emas, wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Calon PH bagi DUN Jeram Padang, Manivanan Gowin berkata, manifesto keempat bertemakan “Kebajikan Untuk Semua” dirangka bagi memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati manfaat pembangunan tanpa ada yang tercicir.
Menurutnya, golongan veteran dan pesara yang telah banyak menabur jasa kepada negara wajar diberi perhatian melalui pelbagai program kebajikan termasuk pemeriksaan kesihatan, bantuan sara hidup serta peluang untuk terus menyumbang kepada masyarakat.
“Pakatan Harapan komited memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan. Manifesto ini memberi tumpuan kepada kebajikan veteran, pesara, warga emas, wanita serta OKU melalui pelbagai bantuan, program sokongan dan inisiatif yang menyeluruh,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Beliau turut berjanji memperluaskan program penjagaan kesihatan untuk warga emas dengan membawa pasukan perubatan secara berkala ke kawasan setempat selain memperhebat aktiviti komuniti, bantuan kebajikan dan sokongan sosial bagi meningkatkan kualiti hidup golongan itu.
Dalam masa sama, Manivanan berkata, golongan wanita akan terus diperkasakan menerusi peluang keusahawanan, latihan kemahiran, pembangunan ekonomi keluarga serta pelbagai program yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka.
Katanya, keperluan golongan OKU juga akan terus diberi perhatian melalui penyediaan kemudahan awam yang lebih mesra OKU, selain memperluaskan akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan bantuan yang bersesuaian.
“Saya juga akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, agensi berkaitan serta pertubuhan masyarakat bagi memastikan setiap bantuan dan inisiatif kebajikan dapat disampaikan secara lebih cekap, telus dan menyeluruh kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Beliau menegaskan kemajuan sesebuah masyarakat bukan hanya dinilai menerusi pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya turut bergantung kepada keupayaan menjaga kebajikan setiap lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.
“Saya percaya masyarakat yang maju diukur melalui keupayaan kita menjaga kebajikan setiap lapisan rakyat. Bersama kita memastikan tiada siapa yang tercicir. Kita Bina Jeram Padang,” katanya.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri