Ekonomi negara tunjuk isyarat positif menjelang 2026: DOSM

December 23, 2025 · Isu semasa

Prestasi ekonomi Malaysia menunjukkan isyarat yang semakin kukuh apabila Indeks Pelopor (IP) merekodkan peningkatan tahunan 3.6 peratus kepada 116.2 mata pada Oktober 2025 berbanding 112.2 mata dalam tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM memaklumkan peningkatan itu mencerminkan momentum ekonomi yang meyakinkan dan memberi gambaran awal arah tuju ekonomi negara menjelang 2026.

Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata lonjakan IP didorong oleh prestasi memberangsangkan dalam tiga komponen utama yang mencatatkan pertumbuhan dua digit.

“Pertumbuhan kukuh ini dipacu oleh Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan yang meningkat 51.2 peratus, Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain sebanyak 39.2 peratus serta Import Benar Semi Konduktor yang melonjak 32.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, prestasi bulanan IP turut mencatatkan peningkatan 2.6 peratus pada Oktober 2025 selepas mengalami penurunan selama dua bulan berturut-turut.

Peningkatan ini disokong oleh prestasi import logam asas berharga dan logam bukan ferus lain yang naik 1.8 peratus. “Perkembangan positif ini menggambarkan momentum ekonomi yang lebih kukuh menjelang 2026,” katanya.

DOSM turut memaklumkan trend jangka panjang terlicin IP telah melepasi paras 100 mata pada Oktober 2025, satu petunjuk penting kepada prospek ekonomi yang lebih optimis.

Menurut jabatan itu, pertumbuhan ini disokong oleh aktiviti ekonomi yang rancak, khususnya dalam import barangan perantaraan serta prestasi positif sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Dalam menilai kedudukan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) turut mencatatkan peningkatan tahunan 2.7 peratus kepada 129.9 mata berbanding 126.5 mata pada Oktober tahun lalu.

DOSM berkata pertumbuhan 15.3 peratus dalam Nilai Caruman Benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencerminkan pendapatan pekerja yang lebih kukuh dan kesinambungan peluang pekerjaan.

“Pada asas bulanan, IS meningkat 0.6 peratus, didorong oleh kenaikan gaji dan upah benar dalam sektor pembuatan serta nilai caruman KWSP,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu· Isu semasa
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
PKR buka semula pintu, tiga bekas MP diterima sebagai ahli semula: Laporan
October 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok