Empat pemimpin DAP tegur tindakan Kulasegaran berjumpa Arun di mahkamah

March 18, 2026 · Politik

Tindakan M. Kulasegaran yang dikaitkan dengan kehadirannya di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan kepimpinan tertinggi DAP apabila empat ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu tampil mengkritiknya secara terbuka.

Dalam kenyataan bersama, Sheikh Umar Bagharib Ali, Young Syefura Othman, Syahredzan Johan dan Syerleena Abdul Rashid menegaskan kehadiran Kulasegaran, yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan, boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Kami menghormati beliau sebagai seorang veteran parti, namun kami sama sekali tidak bersetuju dengan tindakannya yang boleh menimbulkan persoalan terhadap persepsi awam,” menurut kenyataan bersama itu.

Isu timbul selepas Kulasegaran dilaporkan hadir bagi memberi sokongan kepada aktivis, Arun Dorasamy, yang berdepan prosiding mahkamah.

Walaupun beliau menafikan berada dalam mahkamah ketika perbicaraan berlangsung, kehadirannya di kawasan mahkamah tetap mencetuskan polemik di ruang awam.

Menurut keempat-empat pemimpin itu, tindakan sedemikian berpotensi menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kebebasan dan integriti institusi perundangan, terutamanya apabila melibatkan individu yang memegang jawatan dalam kerajaan.

Mereka turut menegaskan sokongan yang ditunjukkan terhadap Arun tidak mencerminkan pendirian rasmi parti, malah DAP tidak pernah membuat sebarang keputusan berhubung kecenderungan dalam kes berkenaan.

“Kedudukan beliau dalam kerajaan menuntut tahap kepekaan yang lebih tinggi, khususnya terhadap prinsip bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi juga perlu dilihat dilaksanakan,” jelas mereka lagi.

Sehubungan itu, mereka menegaskan semua pihak, khususnya anggota kerajaan, perlu lebih berhati-hati dalam tindakan yang boleh ditafsir sebagai mempengaruhi proses undang-undang.

“Kami kekal berpegang kepada prinsip keadilan serta ‘innocent until proven guilty’ tanpa menjejaskan proses perundangan,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, Kulasegaran menjelaskan hanya singgah untuk bertemu Arun secara ringkas dan memberi kata-kata semangat agar mempercayai proses undang-undang yang bakal dihadapinya.

Berita berkaitan
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
18 jam lalu· Isu semasa
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
22 jam lalu· Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026· Politik
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
April 16, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
April 16, 2026 · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026 · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026 · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026 · Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok