Empat syarikat MOF Inc catat perugian pada 2023: Laporan

August 26, 2025 · Isu semasa

Empat syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengendalikan perkhidmatan dan infrastruktur pengangkutan awam mencatatkan kerugian pada tahun 2023, menurut kenyataan Kementerian Kewangan di Parlimen.

Syarikat-syarikat tersebut yang mengalami kerugian adalah Prasarana Malaysia Berhad, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.

“Kebanyakkan syarikat ini melaksanakan projek infrastruktur awam terutamanya pengangkutan rel dan infrastruktur jambatan, mengalami kerugian adalah untuk menyokong penyediaan perkhidmatan bagi keselesaan rakyat dengan kadar tambang yang murah dan berpatutan,” menurut jawapan bertulis itu.

Jawapan bertulis itu diberikan sebagai respons kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang meminta senarai 20 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kerugian tertinggi serta langkah penanganan kerajaan.

Kementerian menegaskan syarikat-syarikat GLC di bawah MOF Inc ditubuhkan bukan untuk tujuan keuntungan tetapi bagi memenuhi mandat khusus yang ditetapkan kerajaan bagi manfaat rakyat.

Bagi memantau prestasi syarikat-syarikat ini, MOF Inc telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk mewajibkan pembentangan pelan perniagaan tahunan, penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), dan mengadakan Mesyuarat Corporate Improvement Programme (CIP) khusus untuk syarikat yang tidak mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus sasaran KPI.

Dalam masa yang sama, kementerian turut menyenaraikan beberapa syarikat di bawah MOF Inc yang mencatat keuntungan pada tahun yang sama, termasuk Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Bank Pertanian, IJN Holdings dan Sirim Berhad.

Berita berkaitan
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
July 22, 2026· Isu semasa
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
July 20, 2026· Isu semasa
Kerajaan pertimbang naikkan STR dan SARA dalam Belanjawan 2027: PMX
July 19, 2026· Politik
KWAP ambil tindakan susulan isu pelaburan eFishery
July 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
19 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
22 jam lalu · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
23 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
17 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok