Fadillah yakin RUU had tempoh 10 tahun PM diluluskan Jun ini

March 4, 2026 · Politik

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun dijangka dibentangkan semula pada persidangan Dewan Rakyat Jun ini dan dijangkakan mendapat sokongan lebih kukuh.

Ketua Whip Kerajaan, Fadillah Yusof berkata kerajaan percaya pindaan itu merupakan langkah reformasi penting demi memperkukuh sistem pentadbiran negara.

Menurutnya, usaha mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri adalah pendekatan terbaik dalam memastikan amalan demokrasi yang lebih sihat dan kepimpinan negara sentiasa segar.

“Kita akan bawa semula RUU ini ke Parlimen dan saya yakin kali ini kita akan dapat kelulusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

RUU berkenaan sebelum ini gagal diluluskan apabila tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen seperti yang disyaratkan untuk pindaan Perlembagaan.

Dalam undian belah bahagian yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, seramai 146 Ahli Parlimen menyokong, 44 berkecuali manakala 32 tidak hadir.

Mengulas ketidakhadiran lapan Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan ketika undian dibuat, Fadillah menjelaskan sebahagian daripada mereka telah mengemukakan penjelasan.

“Dua Ahli Parlimen sudah menghantar surat menjelaskan sebab ketidakhadiran, ada yang memaklumkan secara lisan, dan ada yang terkandas di luar negara kerana isu penerbangan.

“Rata-rata sebenarnya menyokong, kecuali Bukit Gantang yang menyatakan tidak bersetuju,” katanya.

Beliau menegaskan pembentangan semula RUU itu mencerminkan komitmen kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk meneruskan agenda reformasi institusi.

Langkah mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dilihat sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar bagi mengelakkan pemusatan kuasa terlalu lama serta mengukuhkan prinsip semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara.

Sementara itu, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, memaklumkan Mesyuarat Kabinet juga bersetuju supaya RUU berkenaan dibentangkan semula pada Jun.

Beliau berkata kerajaan akan berusaha memastikan semua Ahli Parlimen kerajaan hadir dan mengundi bagi meluluskan pindaan tersebut.

Isu had tempoh jawatan Perdana Menteri sebelum ini menjadi antara tuntutan reformasi yang dibincangkan secara meluas, dengan penyokongnya melihat ia sebagai langkah ke arah tadbir urus lebih telus dan berakauntabiliti.

Berita berkaitan
Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal
May 28, 2026· Politik
Zafrul sedia pertahan kerusi Pandan jika diberi mandat PKR
May 27, 2026· Politik
Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang
May 24, 2026· Politik
Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin
May 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
5 jam lalu · Politik
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
5 jam lalu · Politik
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
May 29, 2026 · Politik
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
May 29, 2026 · Politik
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
May 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok