Fahmi: Dakwaan Malaysia jual kedaulatan kepada AS tidak benar

October 29, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan mengatakan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) menggugat kedaulatan negara adalah sama sekali tidak berasas.

Beliau menjelaskan setiap perjanjian yang dimeterai kerajaan melalui penelitian rapi termasuk daripada Jabatan Peguam Negara bagi memastikan kepentingan negara terpelihara.

“Tidak mungkin Kabinet atau Jemaah Menteri akan bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang menjejaskan kedaulatan negara. Semua perjanjian akan diteliti oleh AGC terlebih dahulu,” tegas Fahmi pada Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi 2025 hari ini.

Fahmi dengan tegas menyangkal tohmahan yang didakwa disebarkan oleh pihak tertentu, sambil menegaskan kedaulatan negara tidak pernah tergadai melalui sebarang perjanjian.

“Mana mungkin Malaysia sampai ke tahap menjual kedaulatan negara? Ini mustahil. Satu-satunya ketika ia tercabar ialah sewaktu Pulau Batu Puteh dilepaskan, dan itu amat dikesali. Selain daripada itu, tidak pernah berlaku,” jelas beliau.

Perjanjian tersebut yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Ahad lepas bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, memperluas akses pasaran dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Melalui perjanjian ini, Malaysia bersetuju memberi akses pasaran keutamaan kepada eksport barangan perindustrian AS termasuk bahan kimia, jentera dan kenderaan penumpang, serta produk pertanian seperti tenusu dan ayam itik.

Sebagai balasan, AS akan mengekalkan tarif pada kadar 19 peratus terhadap barangan Malaysia, dengan beberapa produk terpilih menikmati kadar sifar peratus.

Malaysia turut bersetuju untuk tidak mengenakan larangan terhadap eksport mineral penting dan unsur nadir bumi ke AS, selain bekerjasama dengan syarikat Amerika untuk menjamin kestabilan pengeluaran.

Sidang kemuncak tersebut menandakan kemuncak Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, sebelum Filipina mengambil alih kepengerusian bermula 1 Januari 2026.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
1 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
TH perlu perkukuh komunikasi, dekati pendeposit: Bernama
August 17, 2026· Isu semasa
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
August 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
1 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
6 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok