Fahmi: Ekonomi digital ASEAN sasar AS$2 trilion menjelang 2030

15 jam lalu · Isu semasa

Ekonomi digital ASEAN berpotensi mencecah AS$2 trilion (RM8.4 trilion) menjelang 2030, namun sasaran itu bergantung kepada keupayaan negara anggota menangani jurang akses, pasaran digital yang berpecah dan isu kepercayaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kejayaan rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang dimuktamadkan pada Mei lalu menjadi perkembangan penting ke arah membentuk ekonomi digital serantau yang lebih bersepadu dan berdaya saing.

“Dengan pelaksanaan yang berkesan, ekonomi digital ASEAN boleh mencapai sehingga US$2 trilion menjelang 2030.

“Namun, peluang itu tidak akan direalisasikan secara automatik. Pasaran digital yang berpecah, jurang akses dan kepercayaan yang lemah boleh memperlahankan pelaburan, mengehadkan pertumbuhan dan menyebabkan sesetengah komuniti ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan M360 ASEAN 2026 di Hotel Grand Hyatt, hari ini.

Menurut Fahmi, kejayaan integrasi digital ASEAN tidak seharusnya dinilai berdasarkan pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya sejauh mana aspirasi serantau itu diterjemahkan kepada peluang sebenar untuk masyarakat dan perniagaan.

“Kejayaan rundingan DEFA pada Mei lalu merupakan perkembangan penting ke arah membentuk ekonomi digital ASEAN yang lebih bersepadu dan berdaya saing.

“Ukuran sebenar kejayaan ialah sama ada aspirasi serantau ini diterjemahkan kepada peluang praktikal di seluruh ASEAN,” katanya.

Fahmi berkata Malaysia mempunyai hala tuju jelas dalam pembangunan digital dengan memastikan kesalinghubungan diterjemahkan kepada keupayaan, keupayaan kepada keyakinan dan kemajuan negara kepada kekuatan serantau.

Katanya, pendekatan itu memerlukan kerjasama seluruh kerajaan dan masyarakat kerana sektor komunikasi kini menjadi asas kepada penyampaian perkhidmatan awam, inovasi serta perkembangan perusahaan.

Malaysia juga akan terus menyumbang kepada agenda digital ASEAN melalui pengukuhan infrastruktur dan ekosistem digital di peringkat domestik, selain menyokong usaha integrasi digital serantau.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata tema M360 ASEAN 2026, “Trusted Digital Integration Powering ASEAN’s Connected Future”, amat bertepatan dengan keperluan memastikan pembangunan digital serantau bukan sahaja pantas, tetapi turut dipercayai dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Rundingan DEFA merupakan antara usaha ASEAN membentuk peraturan dan kerangka bersama bagi memperkukuh integrasi ekonomi digital rantau ini, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan dan masyarakat apabila dilaksanakan secara berkesan.

Berita berkaitan
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
14 jam lalu· Isu semasa
Fahmi: Malaysia mahu ASEAN bersatu bendung ancaman dalam talian
September 9, 2026· Isu semasa
Helikopter terhempas, Jemaah Menteri sampaikan takziah kepada keluarga lima mangsa
September 9, 2026· Isu semasa
AI bakal cipta 500,000 pekerjaan menjelang 2030 – Fahmi
September 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Nasib Najib ditentukan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok
11 jam lalu · Isu semasa
Wanita Malaysia ditahan bawa ganja RM2.2 juta di India: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen
September 9, 2026 · Isu semasa
Haji 2027: B40 bayar RM15,000, T20 RM33,300
September 9, 2026 · Isu semasa
Anwar terkesan kehilangan juruterbang Zainol Afiq dalam nahas
September 9, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok