Fahmi hulur bantuan langsung kepada mangsa banjir di Sabah

September 26, 2025 · Isu semasa

Sebanyak 219 ahli Komuniti Madani dan warga Kementerian Komunikasi di Sabah menerima bantuan kewangan secara langsung daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bagi meringankan beban susulan bencana banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.

Bantuan tersebut disampaikan dalam satu majlis yang diadakan di Kota Kinabalu, melibatkan 160 ahli komuniti dari daerah Penampang, Beaufort, Kota Kinabalu, Papar, dan Tuaran, serta 56 warga jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan, dan tiga wakil dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Dalam ucapannya, Fahmi berkata pemberian bantuan tunai ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan dan inisiatif segera untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami mangsa.

“Program ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial Kementerian Komunikasi dan selari dengan prinsip kesejahteraan serta ihsan dalam Malaysia Madani,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tentang keseriusan bencana yang meragut 14 nyawa di negeri ini.

Majlis tersebut disambut dengan penuh penghargaan oleh para penerima bantuan.

Fathin Alliza Jamal, 38, penerbit RTM Sabah yang merupakan mangsa banjir dari Kampung Langsat, Kinarut, meluahkan rasa terharunya.

“Saya sangat bersyukur. Kami sering dilanda banjir sejak 2017, namun ini kali pertama kami menerima bantuan kewangan secara langsung. Mungkin sebelum ini kami tidak ke pusat pemindahan, jadi terlepas pandang. Kerugian kami mencecah lebih RM5,000,” ujarnya.

Perkongsian sama diluahkan oleh Ricky Richard, 54, ahli Komuniti Madani dari Kampung Kibabaig, Penampang.

“Rumah saya sering dilanda banjir, walaupun air hanya paras lutut. Ia masih merosakkan barangan dan menyukarkan pembersihan. Saya bersyukur dengan bantuan kali ini dan berharap lebih banyak pihak tampil membantu,” katanya.

Program santuni ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan serta menjadi pemangkin kepada bantuan berterusan bagi memulihkan kehidupan mangsa bencana di Sabah.

Berita berkaitan
Kerajaan kaji undang-undang lebih tegas tangani isu 3R
March 11, 2026· Isu semasa
AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi
March 10, 2026· Isu semasa
Lebih banyak berita baik bakal diumum PM sebelum Aidilfitri: PMO
March 9, 2026· Isu semasa
Bayaran STR Fasa 2 diawalkan, bantu persiapan Aidilfitri rakyat: PMX
March 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
6 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
6 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
6 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok