Fahmi: Isu pencerobohan tanah sudah diambil tindakan kerajaan negeri

July 24, 2026 · Politik

Kerajaan Negeri Sembilan sudah mengambil tindakan terhadap isu pencerobohan tanah kerajaan di beberapa kampung di Seremban termasuk Kampung Pasir, sekali gus menolak dakwaan kononnya aduan berhubung perkara itu diabaikan.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata penjelasan yang diperoleh daripada Menteri Besar, Aminuddin Harun mendapati tindakan susulan telah dilaksanakan sebaik aduan diterima.

Menurutnya, hasil semakan Pejabat Menteri Besar bersama Pejabat Tanah dan Daerah Seremban mendapati sebanyak 12 rumah dikenal pasti berada di atas tanah milik kerajaan negeri.

“Sejak aduan itu diterima, pihak Pejabat Menteri Besar telah berhubung dengan Pejabat Tanah dan Daerah Seremban dan didapati sebanyak 12 rumah berstatus sebagai pencerobohan tanah kerajaan negeri.

“Daripada jumlah tersebut, ada sejumlah rumah yang telah diusahakan untuk dipindahkan, manakala lima keluarga ditawarkan rumah mampu milik kerajaan negeri,” katanya semasa sidang media.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengulas isu tular di media sosial berkaitan sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2022 yang mendakwa kerajaan Negeri Sembilan gagal bertindak terhadap pencerobohan tanah kerajaan di beberapa kampung sekitar Seremban.

Beliau berkata, bagi baki kediaman yang dikenal pasti, Pejabat Tanah dan Daerah Seremban telah menyediakan kertas cadangan serta maklum balas sebelum perkara itu dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Namun, proses membuat keputusan tertangguh selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan pada awal Jun lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), menyebabkan beberapa urusan pentadbiran terpaksa menunggu pembentukan kerajaan baharu.

“Maklumat yang saya terima menunjukkan kerajaan negeri bukan sahaja sedang mengambil tindakan, malah sudah mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menyebarkan dakwaan palsu atau maklumat yang tidak benar,” katanya.

Beliau menegaskan perkembangan itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan aduan berkaitan pencerobohan tanah seperti yang cuba digambarkan oleh pihak tertentu.

Isu berkenaan kembali menjadi perhatian selepas dokumen lama berkaitan dakwaan pencerobohan tanah tersebar di media sosial ketika kempen PRN Negeri Sembilan berlangsung.

Kerajaan negeri menjelaskan tindakan pentadbiran telah dimulakan lebih awal, termasuk mengenal pasti kediaman yang terlibat, menyediakan penyelesaian penempatan semula dan menawarkan rumah mampu milik kepada keluarga yang layak.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
7 jam lalu· Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
7 jam lalu· Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
7 jam lalu· Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
9 jam lalu · Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
9 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
12 jam lalu · Politik
Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
12 jam lalu · Politik
PRN: Manifesto Bersatu untuk Negeri Sembilan, pertaruh 76 tawaran
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
12 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok