Fahmi: Khidmat rakyat PJ tetap diteruskan meski Chean Chung letak jawatan

October 3, 2026 · Politik

Khidmat kepada penduduk Petaling Jaya akan terus berjalan meskipun Lee Chean Chung meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu, kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, ketiadaan Ahli Parlimen tidak akan menjejaskan urusan rakyat kerana terdapat wakil di peringkat negeri dan tempatan yang boleh membantu menyelaras permohonan, termasuk berkaitan sumbangan.

Menurutnya, struktur parti di kawasan itu turut boleh membantu memastikan keperluan penduduk terus diberi perhatian.

“Walaupun kawasan berkenaan tiada Ahli Parlimen tetapi ada ADUN, ketua cabang serta ahli majlis yang boleh bantu menyelaraskan permohonan termasuk sumbangan.

“Jadi, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, khidmat kepada rakyat terutama di Parlimen Petaling Jaya akan diteruskan.

“Kita ada ketua cabang, kita ada ADUN, kita ada ahli majlis dan pihak ICU Selangor juga akan membantu untuk memastikan apa-apa permohonan termasuk untuk sumbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program MADANI Kita bersama komuniti Kota Anggerik @ Shah Alam di Dewan Melati, Seksyen 7, di sini hari ini.

Mengulas keputusan Chean Chung meninggalkan jawatan itu, Fahmi berkata pilihan berkenaan perlu dihormati.

Beliau turut mendakwa Chean Chung sudah lama tidak menghadiri mesyuarat dan program parti, termasuk Kongres PKR yang berlangsung di Melaka baru-baru ini.

“Itu pilihan beliau, kita hormati pilihan beliau. Jadi, good luck to him,” katanya.

Semalam, media melaporkan Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan tanpa syarat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima keputusan penggantungan pada 30 September lalu.

Berita berkaitan
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026· Politik
Kawalan sempadan diperketat, 24,631 pelawat ditolak
October 22, 2026· Isu semasa
Malaysia-Indonesia mahu perkukuh kerjasama ekonomi kreatif: Fahmi
October 20, 2026· Isu semasa
PKR nafi kaitan dengan isu PN, desak Mukhriz mohon maaf
October 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026 · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026 · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
October 23, 2026 · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
5 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok