Fahmi minta J-Kom kaji semula peranan, sedia dengar cadangan

November 25, 2025 · Politik

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) menjalankan kajian semula peranan agensi tersebut bagi memastikan keberkesanan penyampaian mesej kerajaan kepada rakyat.

Arahan itu diberikan susulan kritikan mendakwa unit komunikasi kerajaan itu gagal dalam menyampaikan maklumat, termasuk dakwaan capaian kandungan dalam talian yang terhadap.

“Saya telah mengarahkan J-Kom meneliti cadangan rombakan bersesuaian untuk memenuhi hasrat supaya maklumat sampai kepada komuniti,” jelas Fahmi pada sidang media selepas melawat Pusat Media PRN Sabah di Penampang, hari ini.

Beliau menekankan pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan pandangan bagi menambah baik prestasi J-Kom.

“Kita sudah rombak sebelum ini, ada beberapa perkara kita ambil. Mungkin rakan-rakan dalam kalangan Ahli Parlimen ada pandangan tertentu dan kita hormati pandangan itu,” ujarnya.

Gesaan tersebut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang mendakwa capaian J-Kom adalah terhadap, dengan merujuk kepada satu siaran audio ketua pengarahnya yang kononnya menerima kurang 50 tontonan di YouTube.

Menjawab dakwaan itu, Fahmi memberikan penjelasan siaran audio tersebut disebarkan merentas pelbagai platform, dan angka sebenar tidak seteruk seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, beliau bersikap terbuka terhadap cadangan penambahbaikan.

“Ada beberapa perkara boleh dimantapkan. Kita terima laporan tentang gerak kerja J-Kom dan kita akan teliti untuk penambahbaikan masa hadapan,” katanya sambil menegaskan komitmennya untuk memastikan maklumat kerajaan sampai kepada setiap lapisan masyarakat.

Berita berkaitan
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
16 jam lalu· Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
17 jam lalu· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
2 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
2 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
2 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
3 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok