Fahmi nafi dakwaan PH biaya kempen burukkan Warisan

November 26, 2025 · Politik

Fahmi Fadzil menolak sama sekali dakwaan Pakatan Harapan (PH) membiayai kempen media sosial bernilai RM8 juta untuk memburukkan imej Parti Warisan.

Menteri Komunikasi itu menegaskan tuduhan yang dilontarkan oleh Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, itu tidak berasas dan menafikan memiliki dana sebanyak itu untuk dikeluarkan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya tidak tahu apa yang dia cakap. Bagi Pakatan Harapan, kami tidak ada dana seperti itu,” tegas Fahmi dipetik laporan media.

Kenyataan itu sebagai membalas kepada dakwaan Shafie mengatakan terdapat pihak menggunakan dana awam sebanyak RM8 juta untuk membiayai kempen media sosial berunsur perkauman bagi menjatuhkan Warisan.

Fahmi turut menyuarakan kebimbangan kerajaan mengenai peningkatan kecenderungan mempolitikkan isu berkaitan Raja, Agama, dan Kaum (3R) dalam kempen di media sosial.

“Kita sangat risau dengan sebarang aktiviti berkempen berasaskan isu 3R. Ini tidak dibenarkan. Berkempenlah dengan sihat dan gunakan hujah yang cerdik serta cerdas,” ujarnya.

Menurutnya, Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius semua aduan berkaitan isu 3R dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Fahmi mendedahkan, setakat ini, tiga kes penyebaran maklumat tidak sah semasa pilihan raya sedang disiasat MCMC.

“Dua kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, manakala satu lagi masih dalam siasatan,” jelasnya.

Mengenai persiapan infrastruktur telekomunikasi, Fahmi memaklumkan 29 pusat mengundi akan dipasangkan dengan peranti Starlink tambahan bagi memastikan kelancaran tugas petugas pilihan raya pada hari pengundian.

“Usaha ini dijangka siap sebelum 28 November. Semua menara komunikasi juga berfungsi dengan baik,” tambahnya.

PRN Sabah akan berlangsung pada Sabtu ini, manakala pengundian awal telah dijalankan pada hari ini.

Berita berkaitan
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
8 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
8 jam lalu· Politik
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
22 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
24 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
6 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
8 jam lalu · Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
8 jam lalu · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
24 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
October 25, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok