Fahmi: Penantian 10 tahun penduduk Sri Pahang hampir berakhir, bakal miliki rumah baharu

November 14, 2026 · Isu semasa

Selepas hampir 10 tahun menunggu, impian penduduk Sri Pahang untuk memiliki kediaman baharu akhirnya semakin hampir menjadi kenyataan apabila proses pengundian dan tawaran unit Residensi Maarof berlangsung hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata seramai 647 daripada 716 penduduk yang terlibat sudah mendaftar bagi menyertai proses pengundian dan tawaran unit berkenaan.

Beliau berkata, perkembangan itu menjadi satu detik bermakna buat penduduk yang sekian lama menantikan penyelesaian pembangunan semula kediaman mereka.

“Selepas hampir 10 tahun menanti, pastinya hari ini cukup bermakna buat mereka. Impian untuk memiliki kediaman baharu kini semakin hampir menjadi kenyataan,” katanya menerusi satu kenyataan selepas menghadiri sesi berkenaan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Fahmi turut menghargai kesabaran dan kerjasama penduduk sepanjang proses pembangunan semula itu, sambil menyifatkan sesi pengundian berkenaan sebagai satu lagi langkah penting sebelum mereka berpindah ke kediaman baharu.

Menurutnya, Residensi Maarof dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat.

Beliau turut memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan DBKL dan semua pihak berkaitan bagi memastikan kebajikan serta kepentingan penduduk Lembah Pantai terus diberi perhatian.

Projek pembangunan semula Residensi Maarof itu menjadi tumpuan penduduk Sri Pahang yang menantikan kediaman baharu selepas melalui proses pembangunan semula yang mengambil masa hampir sedekad.

Proses pengundian unit kali ini menandakan kemajuan penting sebelum penempatan semula dapat dilaksanakan.

Berita berkaitan
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
7 jam lalu· Isu semasa
MP Pasir Gudang disiasat berhubung sajak ‘Patik Tak Rela’ kritik isu Najib
13 jam lalu· Politik
PH bedah keputusan PRN Melaka minggu depan, teliti aspek persediaan jentera
November 15, 2026· Politik
WhatsApp mungkin diwajibkan sahkan nombor telefon pengguna: Fahmi
November 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
1 jam lalu · Isu semasa
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
9 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
10 jam lalu · Isu semasa
PMKS berpeluang tembusi pasaran China menerusi ACFTA 3.0: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
9 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok