Fahmi Fadzil menyantuni penunggang e-hailing di Lembah Pantai dalam program berbuka puasa hari ini.
Seramai 350 penunggang e-hailing di Lembah Pantai menerima tajaan premium insurans selama setahun di bawah skim Perlindungan Tenang, sekali gus memberi perlindungan kewangan lebih terjamin sepanjang mereka mencari rezeki di jalan raya.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam menjaga kebajikan pekerja ekonomi gig yang sering berdepan risiko kemalangan dan ketidaktentuan pendapatan.
“Ini juga sebagai tanda penghargaan saya kepada para riders yang ketika Perintah Kawalan Pergerakan dahulu dianggap sebagai frontliners. Saya tidak pernah lupakan sumbangan mereka,” katanya ketika berucap pada Program Satelit Khas: Ihya Ramadan TemuMi 2.0 2026@Lembah Pantai.
Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, penunggang e-hailing memainkan peranan penting memastikan penghantaran makanan dan barangan keperluan sampai kepada orang ramai ketika pergerakan dibataskan.
Namun selepas negara memasuki fasa endemik, isu keselamatan sosial dan perlindungan insurans untuk golongan ini terus menjadi perbincangan, memandangkan majoriti mereka bekerja sendiri tanpa perlindungan tetap.
Menurut Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata selepas tamat tempoh tajaan setahun itu, penunggang boleh menyambung perlindungan berkenaan dengan bayaran hanya RM100 setahun, satu kadar yang disifatkan mampu milik.
Beliau turut mengumumkan cadangan untuk mewujudkan pusat persinggahan khas bagi penunggang e-hailing di sekitar Lembah Pantai.
Katanya, kemudahan tersebut penting bagi memberi ruang rehat sementara menunggu tempahan seterusnya.
“Saya ambil maklum aduan mereka berkaitan keperluan tempat berehat. Kadang-kadang mereka hanya perlukan ruang untuk duduk dan menarik nafas sebelum meneruskan tugasan. Insya-Allah, kita akan usahakan,” katanya.
Beberapa lokasi telah dikenal pasti dan perbincangan akan diadakan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meneliti aspek pelaksanaan, termasuk sama ada struktur kekal atau sementara sesuai dibangunkan.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada penunggang yang hadir sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan di kawasan berkenaan.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib