Fahmi ucap takziah kepada Wan Saiful selepas dipecat, cadang hasilkan filem

November 3, 2025 · Politik

Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, berikutan pemecatannya daripada Bersatu.

Menteri Komunikasi menasihati agar Wan Saiful bersabar menghadapi dugaan yang digambarkannya sebagai sangat besar dan secara sinis mencadangkan agar beliau menghasilkan sebuah filem berkenaan peristiwa tersebut.

“Pertama, saya ucapkan takziah dan semoga Tasek Gelugor bersabar menghadapi dugaan yang sangat besar ini.

“Anda lelaki yang sangat baik dan tak wajar diperlakukan sedemikian rupa. Saya harap keadilan dapat ditegakkan untuk YB,” katanya di dalam Dewan Rakyat semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Peringkat Dasar.

Beliau kemudian menambah dengan nada berbaur gurauan agar nasib malangnya yang dipecat itu dihasilkan sebuah filem.

“Malah, saya menyarankan agar YB Tasek Gelugor membuat filem mengenai nasib yang menimpa dirinya,” ujarnya lagi.

Tidak lama selepas itu, Wan Saiful bangun mengucapkan penghargaan atas kata-kata semangat yang ditujukan kepadanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa rakan seangkatannya yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah akan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Bersatu pada Khamis ini.

Isu ini tercetus ekoran keputusan Bersatu pada 14 Oktober lalu memecat keahlian Wan Saiful dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama satu penggal, berhubung isu akuan bersumpah yang dikaitkan dengan usaha mendesak presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatan.

Berita berkaitan
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
10 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
6 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
6 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
6 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
13 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok