Fahmi zahir dukacita atas pemergian seniman Ross Ariffin: Laporan

August 3, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan rasa dukacita atas pemergian komposer dan seniman tanah air, Roslan Ariffin Jamil atau lebih dikenali sebagai Ross Ariffin, yang meninggal dunia petang Sabtu pada usia 63 tahun.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, Fahmi memaklumkan beliau menerima berita mengenai pemergian Allahyarham daripada pihak Rumah Seri Kenangan Cheras, tempat beliau menetap sejak November tahun lalu.

“Uncle Ross merupakan seorang komposer yang telah banyak menyumbang kepada industri muzik tempatan,” katanya.

Fahmi turut berkongsi bahawa beliau pernah beberapa kali bertemu dengan Allahyarham, yang disifatkannya sebagai seorang yang tabah meskipun berdepan pelbagai dugaan dalam kehidupan.

“Beliau berdepan dengan kehidupan yang mencabar, namun tetap tabah meneruskan perjalanan sebagai anak seni. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 petang Sabtu dan kini berada di Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat dan jenazah dijangka akan dikebumikan pagi ini.

Sebelum ini, Bernama pernah melaporkan nasib Allahyarham yang mendapat perhatian Fahmi, termasuk usaha membantu beliau mendapatkan sebuah unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menurut Fahmi, permohonan mendapatkan kediaman tersebut diajukan sendiri olehnya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Allahyarham pernah mencipta lagu untuk beberapa artis popular tanah air, antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Fauziah Latiff. – Bernama

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
10 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
10 jam lalu · Isu semasa
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok