FAM lantik bekas Ketua Hakim Negara ketuai siasatan isu pemain warisan

October 27, 2025 · Isu semasa

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah proaktif bagi menangani isu dokumentasi tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya dengan melantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bebas khas.

Pelantikan tokoh kehakiman terkemuka negara itu bagi mengetuai siasatan dilihat sebagai usaha FAM untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam mengendalikan isu berkenaan.

FAM dalam kenyataannya pada Isnin menegaska jawatankuasa tersebut dianggotai oleh individu yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan FAM bagi menjamin proses siasatan yang adil dan profesional.

Menerusi kenyataan tersebut, FAM turut menggariskan rekabakat dan pengalaman luas Tun Md Raus dalam bidang kehakiman.

Beliau memulakan kerjayanya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1976 dan pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Presiden Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2017.

“Di peringkat antarabangsa pula, Tun Md Raus memegang peranan terbilang sebagai Presiden Persatuan Mahkamah Perlembagaan Asia dan Institusi Setaraf,” menurut kenyataan FAM itu.

Langkah penubuhan jawatankuasa bebas ini diharap dapat menyiasat perkara itu secara tuntas dan mewujudkan keyakinan semua pihak terhadap pengurusan FAM, sekaligus memastikan masa depan bola sepak negara bergerak ke arah yang lebih baik.

Berita berkaitan
Tiada RCI buat masa ini isu dokumen pemain naturalisasi: Saifuddin Nasution
February 24, 2026· Isu semasa
Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia pada usia 84 tahun
February 19, 2026· Isu semasa
Semua ahli Exco FAM letak jawatan susulan kontroversi pemain warisan
January 28, 2026· Isu semasa
Siasat isu skandal FAM sehingga selesai, kata PMX
November 21, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok