Farhash lapor polis terhadap portal siar artikel fitnah urusniaga di Sabah

July 21, 2025 · Politik

Seorang ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita dalam talian berhubung dakwaan yang didakwanya sebagai palsu dan bersifat fitnah, yang mengaitkan beliau dan syarikatnya dengan projek perlombongan arang batu di Sabah.

Bekas pembantu politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu memfailkan laporan tersebut di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini selepas portal MalaysiaNow mendakwa sebuah syarikat miliknya memperoleh lesen penerokaan mineral untuk kawasan tiga kali ganda lebih besar daripada Kuala Lumpur.

Menurut laporan tersebut, Farhash mendakwa artikel bertajuk ‘Syarikat milik Farhash dapat lesen penerokaan mineral di Sabah untuk kawasan tiga kali lebih besar daripada KL’ telah diterbitkan di portal berkenaan awal hari ini dan masih boleh diakses oleh orang ramai.

“Artikel tersebut secara palsu mendakwa bahawa saya, atau Bumi Suria Sdn Bhd, telah diberikan lesen penerokaan perlombongan arang batu di Sabah oleh Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM).

“Ia juga mendakwa bahawa saya menerima keistimewaan politik atau faedah tidak wajar melalui transaksi ini,” katanya dalam laporan polis itu.

“Saya dengan ini menafikan semua tuduhan tersebut. Untuk makluman polis, tiada lesen perlombongan atau penerokaan pernah dikeluarkan kepada saya secara peribadi atau kepada Bumi Suria Sdn Bhd,” jelasnya lagi.

Farhash mendakwa artikel tersebut sebagai tidak berasas, berniat jahat, dan merosakkan reputasinya, sambil mendakwa ia diterbitkan tanpa pengesahan daripadanya atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.

Beliau meminta polis menyiasat artikel itu di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan (fitnah jenayah) dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, portal tersebut melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Natasha Sim, menafikan dengan tegas dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan atau memberikan lesen sedemikian.

“SMM bukan badan pemberi lesen, dan kami tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan atau mengeluarkan lesen.

“Tiada syarikat bernama Bumi Suria Sdn Bhd yang pernah dikeluarkan atau dianugerahkan lesen penerokaan oleh kerajaan negeri setakat hari ini,” katanya.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu· Politik
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu· Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
19 jam lalu· Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
19 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok