FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus

September 14, 2026 · Isu semasa

FGV Holdings Berhad (FGV) melantik firma audit bebas bagi menjalankan audit forensik terhadap perkara khusus membabitkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan Kumpulan FELDA, susulan usaha memperkukuh tadbir urus agensi berkenaan.

FELDA memaklumkan, proses pelantikan firma audit bebas turut sedang dijalankan bagi beberapa anak syarikat lain dalam kumpulan itu.

Menurutnya, langkah berkenaan dilaksanakan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju FELDA 2030.

“Langkah ini dirangka khusus untuk menambah baik tahap tadbir urus Kumpulan FELDA demi kelestarian agensi tersebut.

“FELDA akan terus meneliti keperluan untuk melantik firma audit bebas bagi melaksanakan pengauditan forensik secara profesional dan menyeluruh ke atas FELDA serta semua organisasi di bawah kumpulan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelaksanaan audit forensik itu turut mengambil kira keperluan meneliti isu berkaitan tadbir urus dan salah laku yang pernah dibangkitkan sebelum ini.

Sebelum ini, FELDA disyor melantik pasukan audit forensik sendiri bagi menjalankan kerja pengauditan berkaitan isu tadbir urus dan salah laku dalam agensi berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman sebelum ini berkata, pasukan forensik yang dilantik mempunyai kewibawaan untuk melaksanakan tindakan berkenaan dan boleh membantu SPRM dalam menjalankan siasatan.

Sebagai rekod, inisiatif pengauditan forensik terhadap FELDA sudah dilaksanakan sejak 2019.

FELDA sebelum ini melantik Ernst & Young (EY) untuk menjalankan audit, manakala dapatan laporan berkenaan dibentangkan di Parlimen menerusi Kertas Putih FELDA pada 2020.

Langkah terbaharu itu menunjukkan FELDA terus memberi perhatian terhadap aspek tadbir urus dan ketelusan membabitkan agensi serta organisasi di bawah kumpulannya.

Berita berkaitan
Kes rompak RM952,690: Mahkamah Tinggi ketepikan pembebasan tiga pegawai SPRM
October 9, 2026· Isu semasa
Parlimen: 13 syor RCI Tabung Haji sudah dilaksana
October 9, 2026· Isu semasa
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
October 8, 2026· Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
October 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
3 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
8 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok