FIFA siasat FAM berikutan dokumen palsu pemain naturalisasi, tolak rayuan

November 19, 2025 · Isu semasa

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal melancarkan siasatan formal ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan penggantungan tujuh pemain naturalisasi yang didakwa menggunakan dokumen palsu.

Tindakan tegas FIFA ini diumumkan selepas tujuh pemain berkenaan diharamkan selama 12 bulan kerana didapati menggunakan dokumen yang dipalsukan bagi membolehkan mereka mewakili Malaysia dalam kelayakan Piala Asia menentang Vietnam, Jun lalu.

“Siasatan ini bertujuan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab memalsukan dokumen, menilai kecukupan dan keberkesanan mekanisme pematuhan serta tadbir urus dalaman FAM, dan menentukan sama ada tindakan disiplin tambahan wajar dikenakan terhadap pegawai FAM,” kata FIFA dalam kenyataan.

Sebagai tindak balas, FAM dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemangku Presidennya, Mohd Yusoff Mahadi, mengumumkan hasrat untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadilan ditegakkan dan untuk mengekalkan integriti proses kelayakan pemain seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan badan-badan berkaitan,” kata Mohd Yusoff.

FIFA turut mengarahkan FAM membayar denda sebanyak 350,000 Franc Switzerland (kira-kira RM2.3 juta) dan menolak rayuan persatuan itu.

Laporan FIFA mendedahkan bahawa ketujuh-tujuh pemain yang dilahirkan di luar negara itu memperoleh kerakyatan Malaysia melalui proses yang diselia oleh FAM, dengan mendakwa mempunyai nenek moyang warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, FIFA mendapati terdapat percanggahan ketara pada sijil kelahiran yang dikemukakan.

“Pemain-pemain mengakui di perbicaraan bahawa mereka tidak membaca sebarang dokumen permohonan yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia, termasuk pengisytiharan bahawa mereka telah menetap selama 10 tahun di Malaysia. Mereka menjelaskan bahawa FAM mengendalikan langkah-langkah birokrasi yang diperlukan untuk naturalisasi mereka,” kata FIFA.

FIFA juga mengarahkan Setiausaha Agungnya untuk memaklumkan pihak berkuasa di Brazil, Argentina, Belanda, Sepanyol dan Malaysia, dengan menyatakan adalah mustahak pihak berkuasa berkaitan dimaklumkan agar siasatan jenayah yang sewajarnya boleh dijalankan.

Berita berkaitan
Pampasan kes Altantuya: Permohonan rayuan didengar Februari 2027
November 13, 2026· Isu semasa
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
DNAA Zahid: Cabaran Majlis Peguam ditangguh, tunggu rayuan
October 21, 2026· Politik
Rayuan haji 2027 dibuka 2 Oktober
September 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
2 jam lalu · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
2 jam lalu · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok