Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka akan mula memasuki ‘Zon Merah’ yang berbahaya, kira-kira 100 batu nautika dari Gaza, pada pukul 9 malam ini waktu Malaysia.
Perkembangan genting ini disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berdasarkan laporan langsung dari pusat kawalan misi tersebut.
Menurut Fahmi, ketegangan mula dirasai pagi ini apabila sebuah kapal yang disyaki milik rejim Zionis Israel menghampiri flotila itu.
“Saya baru sahaja menerima laporan yang mengesahkan pada jam 8.45 pagi tadi berlaku cubaan menghampiri flotila yang pada waktu ini masih berada di perairan antarabangsa,” katanya dalam sidang media mingguannya pada Rabu.
Beliau turut mendedahkan pemantauan merekodkan kehadiran lebih daripada 10 unit dron di ruang udara kawasan berkenaan, menambahkan lagi suasana cemas.
“Walaupun keadaan ini membimbangkan, setakat ini belum berlaku sebarang pintasan fizikal terhadap bot-bot flotila. Semua delegasi berada dalam keadaan berjaga-jaga,” ujarnya sambil menekankan kesediaan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk gangguan komunikasi.
Sebagai langkah ketelusan, siaran langsung dari kapal flotila telah dipancarkan untuk tontonan global dan Fahmi menyeru rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan.
“Kerajaan Malaysia menyeru rakyat agar terus mendoakan keselamatan para peserta serta kejayaan misi flotila ini yang digerakkan untuk membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza,” ujarnya lagi.
Beliau menegaskan misi ini bukan sekadar menghantar bantuan, tetapi memainkan peranan penting dalam membina naratif perdamaian dan mengetengahkan solidariti antarabangsa terhadap penderitaan rakyat Palestin.
Misi yang memasuki fasa ketiga ini boleh diikuti pergerakannya secara langsung melalui ‘Sumud Nusantara Flotilla Tracker’.
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri