GRS nafi dakwaan 2,000 ahli dibawa bekas pegawai Hajiji sertai BN di Sukau

November 17, 2025 · Politik

Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Sukau menjelaskan dakwaan kononnya lebih 2,000 ahli bahagian itu keluar parti adalah tidak benar, tidak berasas, berunsur fitnah dan hanya “fantasi politik.”

Setiausaha GRS Bahagian Sukau, Emerson Dawang berkata hasil penelitian dan pengesahan dalaman mendapati jumlah sebenar ahli yang keluar tidak melebihi 10 orang.

Beliau berkata sebahagian individu dikaitkan dalam dakwaan keluar parti merupakan ahli baharu yang sebelum ini menyertai Parti Warisan, sebelum mereka mengikut langkah bekas Ketua Pergerakan Wanita GRS Bahagian Sukau, Dayang Norhayati Titing menyertai Barisan Nasional (BN).

“Dayang Norhayati telah lama tidak aktif dalam aktiviti parti di peringkat bahagian dan cawangan yang dipimpinnya juga didapati berstatus tidak aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Dayang Norhayati sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Hajiji Md Noor yang juga Presiden GRS.

Emerson berkata kenyataan Dayang Norhayati kononnya 2,000 ahli keluar parti adalah satu provokasi politik murahan yang cuba menggambarkan seolah-olah GRS Bahagian Sukau sedang berdepan krisis, sedangkan hakikatnya perkara itu jauh daripada kebenaran.

Ujarnya lagi, GRS Bahagian Sukau kekal kukuh, tersusun dan terus berkembang dengan kemasukan ahli baharu yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Jentera GRS di kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau berada dalam keadaan bersiap siaga dan terus memperkukuhkan gerak kerja menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 dan undi awal pada 25 November.

Berita berkaitan
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
21 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
22 jam lalu· Politik
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
UMNO-BN mahu PRU-16 diawalkan, sudah bersiap-sedia: Zahid
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok