Mahfuz pesan UMNO jangan goncang Kerajaan Perpaduan

September 14, 2026 · Politik

UMNO disaran menjaga kestabilan Kerajaan Perpaduan jika benar-benar mahu kekal dalam kerajaan sehingga akhir penggal, kata Mahfuz Omar.

Naib Presiden Parti Amanah itu berkata kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan selepas penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 semalam, yang menegaskan parti itu akan terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga hujung penggal, perlu diterjemahkan melalui tindakan politik yang selari.

Mahfuz berkata beliau menghormati pendirian itu dan bersetuju kestabilan politik perlu dipelihara bagi mengelakkan negara berdepan ketidaktentuan yang tidak perlu.

Namun, katanya, kesetiaan kepada Kerajaan Perpaduan bukan sekadar kekal memegang jawatan dalam Kabinet, sebaliknya turut melibatkan usaha menjaga kepercayaan dan semangat kerjasama yang menjadi asas pembentukan kerajaan.

“UMNO mempunyai hak menentukan strategi politik di peringkat negeri. Tetapi hak berpolitik datang bersama tanggungjawab berkerajaan.

“Tidak wajar pada satu sisi UMNO mengatakan mahu kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga hujung penggal, tetapi pada sisi lain mengambil langkah politik yang boleh dilihat sebagai membina kerjasama dengan pihak yang mahu mengambil alih kerajaan yang dibina bersama oleh 19 parti politik,” katanya dalam kenyataan media.

Mahfuz turut mempersoalkan pendirian UMNO sekiranya strategi politik parti di peringkat negeri dilihat bercanggah dengan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Kalau di Putrajaya kita membina rumah bersama, mengapa di negeri tertentu UMNO pula bekerjasama dengan pihak yang mahu mengambil alih rumah yang kita diami bersama?” soalnya.

Beliau berkata perbezaan strategi pilihan raya dan pandangan politik merupakan perkara biasa, namun ia tidak seharusnya menimbulkan persoalan mengenai hala tuju sebenar UMNO.

Mahfuz turut meminta UMNO membuat keputusan secara terbuka sekiranya parti itu merasakan Kerajaan Perpaduan tidak lagi selari dengan hala tujunya.

“Kalau mahu duduk serumah sampai hujung penggal, jagalah rumah ini sampai hujung penggal.

“Dan jika suatu hari nanti merasakan Kerajaan Perpaduan tidak lagi sesuai dengan hala tuju UMNO, maka carilah jalan keluar secara terhormat, melalui perbincangan dan peralihan yang teratur,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak meminta UMNO meninggalkan kerajaan, sebaliknya mahu parti itu belajar untuk kekal dalam kerajaan dengan baik dan bertanggungjawab.

“Kalau mahu bersama, bersama dengan amanah. Kalau mahu berbeza, berbeza dengan tertib. Kalau mahu keluar, keluarlah dengan bermaruah.

“Jangan kekal sambil menggoncang. Jangan keluar sambil meruntuhkan,” katanya.

Beliau berkata kestabilan kerajaan penting kerana keyakinan terhadap ekonomi turut bergantung pada kestabilan serta hala tuju politik yang jelas.

“Kerajaan dibina dengan angka, tetapi kerajaan dipertahankan dengan kepercayaan. Ekonomi pula berkembang atas asas keyakinan,” katanya.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
4 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
4 jam lalu· Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
12 jam lalu· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
4 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
5 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
5 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
12 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok