GST akan beri kesan besar kepada rakyat berpendapatan rendah: PMX

June 20, 2025 · Isu semasa

Kesan besar kepada rakyat berpendapatan rendah sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah dan tidak sesuai untuk GST dilaksanakan walaupun ia diakui sistem percukaian paling efisien dan telus.

“Saya masih ingat ketika menjadi Menteri Kewangan dulu, saya nyatakan di Parlimen bahawa GST adalah sistem percukaian yang efisien dan telus, namun saya terpaksa tangguhkan kerana pendapatan rakyat ketika itu terlalu rendah.

“Tapi sekarang, gaji RM1,700 (gaji minimum), RM2,000 masih ramai. Maka keputusan tidak laksana GST ini dibuat demi rakyat bawahan,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Johan Mahmood Merican.

Anwar berkata, walaupun beberapa pengecualian boleh diberikan jika GST dilaksanakan, masih banyak barangan tetap dikenakan cukai secara tidak langsung.

“Walaupun ada beberapa pengecualian, banyak barangan tetap dikenakan cukai secara tidak langsung. Naik bas pun kena cukai. Jadi, walaupun GST ini sistem yang baik, pelaksanaannya perlu mengambil kira kemampuan rakyat.

“Saya sebut dulu, biarlah pendapatan rakyat naik dulu, kalau gaji (minimum) sudah RM4,000, mungkin boleh (pertimbang semula), tetapi sekarang gaji RM1,700, RM2,000 masih ramai,” katanya.

Menjelaskan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Anwar berkata, penambahbaikan cukai yang berkuat kuasa 1 Julai ini dilaksanakan secara progresif dan bersasar.

Beliau berkata, pelaksanaan percukaian adalah bagi memastikan hasil negara dapat dikembalikan semula kepada rakyat menerusi peruntukan besar seperti dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

“Ambil contoh peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pada 2023 sebanyak RM8 bilion disalurkan, kini mencecah RM13 bilion untuk manfaat sembilan juta rakyat. Begitu juga pendidikan, kita tambah kepada RM64 bilion untuk sekolah anak-anak kita.

“Kementerian Kesihatan juga terima peningkatan RM4 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan RM45 bilion. Ini bukti cukai yang diambil, kita pulangkan semula kepada rakyat dengan cara paling berfaedah,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menegaskan agensi dan jabatan kerajaan diarah hanya menyediakan makanan termasuk buah-buahan tempatan pada jamuan rasmi.

“Saya sudah arahkan semua jabatan kerajaan tidak lagi guna makanan import untuk majlis rasmi. Di luar negara seperti Laos, Vietnam dan Thailand pun guna makanan tempatan.

“Kalau nak makan ikan kod, makan sendiri saja. Kita bantu petani, tingkatkan permintaan hasil tempatan,” katanya.

Berita berkaitan
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu· Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
September 4, 2026· Politik
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
1 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026 · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok