Guan Eng gesa gantung tugas Azam Baki sementara siasatan dijalankan

February 15, 2026 · Isu semasa

Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa Azam Baki digantung tugas bagi memastikan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dijalankan secara bebas dan telus.

Guan Eng mengulangi berpendirian sama sebelum ini semasa Pakatan Harapan menggesa penggantungan tugas Azam serta dua individu lain pada 2022 susulan isu pegangan saham.

Menurutnya, kontroversi terbaharu berkaitan pemilikan saham memerlukan penelitian awam dan Parlimen.

“Isu ini perlu dibahas secara terbuka supaya keyakinan rakyat terhadap institusi penguat kuasa dapat dipulihkan,” katanya dalam kenyataan.

Kontroversi terbaharu tercetus selepas laporan Bloomberg yang mendakwa Azam memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam menafikan salah laku dan menjelaskan saham tersebut sudah dilupuskan sebelum laporan diterbitkan.

Beliau juga menegaskan semua pelaburan dibuat menggunakan pendapatan sah serta faedah persaraan sepanjang hampir 40 tahun dalam perkhidmatan awam.

Azam turut dilaporkan menghantar surat tuntutan kepada agensi berita itu kerana mendakwa laporan berkenaan berunsur fitnah.

Isu pegangan saham melibatkan pegawai kanan penguat kuasa bukan perkara baharu.

Pada 2022, kontroversi serupa mencetuskan perdebatan mengenai konflik kepentingan dan integriti dalam sektor awam, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan supaya memperkukuh mekanisme pemantauan.

Rekod pemilikan saham yang dirujuk dalam laporan itu diperoleh daripada pemfailan rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sementara itu, Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan jawatankuasa khas siasatan yang diketuainya sudah memulakan siasatan rasmi berhubung isu berkenaan.

Berita berkaitan
PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS
5 jam lalu· Politik
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
7 jam lalu· Politik
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
15 jam lalu· Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
5 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
5 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
7 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
6 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok