Guan Eng gesa mansuh denda RM10,000 dalam Sistem Insurans Pekerjaan

December 9, 2025 · Isu semasa

Lim Guan Eng menggesa kerajaan memansuhkan penalti RM10,000 di bawah Seksyen 45F pindaan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang diluluskan Dewan Rakyat pada 2 Disember lalu.

Penasihat DAP mendakwa penalti itu membebankan majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana kerana pindaan berkenaan mewajibkan majikan memaklumkan kepada PERKESO setiap kekosongan jawatan atau pewujudan jawatan baharu dalam tempoh tujuh hari, dengan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan penalti besar.

Menurut beliau, struktur denda itu bersifat kumulatif dan berpotensi melonjak tinggi jika majikan berdepan beberapa kekosongan dalam tempoh berbeza.

“Sekiranya ada lima kekosongan jawatan atau pewujudan jawatan baharu dalam tempoh lima minggu dan gagal dilaporkan, majikan mungkin dikenakan penalti sehingga RM50,000,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menyifatkan jumlah itu ‘boleh bertambah berlambak’ jika jumlah jawatan kosong meningkat.

Guan Eng berkata Seksyen 45F wajar dimansuhkan ketika dibahaskan di Dewan Negara kerana dewan itu mempunyai kuasa meminda rang undang-undang sebelum dikembalikan ke Dewan Rakyat.

Beliau yakin ahli Parlimen akan bersetuju dengan pemansuhan tersebut jika ia dirujuk semula.

“Dewan Negara perlu memainkan peranan untuk membetulkan kelemahan ini,” katanya.

Beliau turut mengkritik PERKESO yang didakwa tidak mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum pindaan diluluskan.

Menurutnya, tindakan badan itu mengumumkan moratorium penguatkuasaan selama dua tahun hanya selepas kelulusan rang undang-undang menimbulkan persoalan.

“Soalannya, mengapa libat urus hanya dirancang selepas pindaan diluluskan dan bukan sebelum itu?” soalnya.

Beliau menegaskan moratorium tersebut “tidak bermakna” kerana penalti tetap akan dikuatkuasakan pada masa hadapan.

Guan Eng menyifatkan situasi itu sebagai mencemarkan proses kelulusan undang-undang dan mencadangkan agar Seksyen 45F dimansuhkan sepenuhnya atau sekurang-kurangnya mengecualikan perusahaan kecil dan sederhana, sementara penalti untuk syarikat besar dikurangkan kepada RM100.

Berita berkaitan
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
19 jam lalu· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Kian Ming keluar DAP, mahu bantu KJ berkempen pada PRU-16
August 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
12 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok