Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Malaysia bakal memperkenalkan kewajipan proses pengesahan identiti pengguna atau ‘electronic Know Your Customer’ (eKYC) ke atas semua platform media sosial bagi melindungi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun daripada memiliki akaun.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menjelaskan langkah ini penting untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dalam alam siber dan menguatkuasakan garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platform berkenaan.
“Saya telah menyampaikan mesej yang jelas kepada wakil platform media sosial bulan lalu bahawa di Malaysia, kita akan mewajibkan mereka melaksanakan pengesahan identiti, terutamanya bagi memastikan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun,” katanya selepas merasmikan program NADI on Wheels (NOW) di Sindumin hari ini.
“Jangka masa pelaksanaan yang tepat akan saya laporkan kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu, sebelum diumumkan kepada umum,” tambahnya lagi.
Fahmi turut memaklumkan satu pertemuan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat-syarikat platform media sosial akan diadakan minggu depan sebagai langkah penting ke arah merealisasikan dasar ini.
Selain isu perlindungan kanak-kanak, beliau menekankan bahawa proses eKYC juga merupakan langkah proaktif untuk memerangi jenayah siber.
“Banyak platform disalahgunakan oleh penjenayah untuk tujuan penipuan. Angka yang dikongsikan semalam di Parlimen amat membimbangkan – 78 peratus daripada semua kandungan scam yang diturunkan adalah daripada Facebook,” jelasnya.
Sementara itu, inisiatif NADI on Wheels (NOW) yang dilancarkan hari ini bertujuan memperluas capaian digital dan membawa kemudahan teknologi maklumat kepada komuniti luar bandar.
Program di Sipitang turut dilengkapi peranti Starlink serta tablet untuk membolehkan komuniti tempatan mempelajari kemahiran digital.
Fahmi turut menyentuh mengenai projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bernilai RM2 bilion yang akan menghubungkan Semenanjung, Sarawak, dan Sabah.
Beliau menjangka projek yang menjadi keutamaan kementeriannya itu akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
Premis Network School disita, lesen perniagaan dibatalkan
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil