Hadi calon tepat terajui PN: Tun Faisal

January 1, 2026 · Politik

Cadangan PAS untuk menamakan Presidennya, Abdul Hadi Awang sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu disifatkan sebagai langkah tepat dan wajar, selari dengan peruntukan perlembagaan gabungan itu.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Perlembagaan PN melalui Fasal 8.3(b) menetapkan sekiranya Pengerusi meletakkan jawatan, peletakan itu hanya berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT), yang kemudiannya perlu memilih pengerusi baharu secepat mungkin.

Menurutnya, cadangan PAS tersebut menepati hierarki kepimpinan parti dalam PN.

Bagaimanapun, Tun Faisal berpandangan pelantikan Pengerusi PN tidak sesuai dibuat dalam kalangan individu yang bukan Presiden parti kerana Pengerusi akan mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri pemimpin utama parti komponen lain, termasuk Timbalan Pengerusi PN.

“Presiden memegang mandat tertinggi dalam struktur parti masing-masing. Itu realiti dalam kebanyakan parti politik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menegaskan melantik Pengerusi daripada kalangan Timbalan, Naib Presiden atau pihak luar boleh mencetuskan kekeliruan berkaitan mandat ahli, bidang kuasa dan kuasa membuat keputusan.

“Akhirnya, isu mandat dan autoriti boleh jadi kabur,” katanya.

Sementara itu, Bersatu Kelantan dilaporkan tidak menolak kemungkinan Abdul Hadi dilantik sebagai Pengerusi PN bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.

Pengerusinya, Kamaruddin Md Noor berkata, pertimbangan itu dibuat berdasarkan kedudukan PAS dan Bersatu sebagai dua parti terbesar dalam gabungan tersebut.

Malah, menurutnya, Muhyiddin sebelum ini pernah menawarkan jawatan berkenaan kepada Abdul Hadi, namun ditolak.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, peranan Timbalan, Naib Presiden dan wakil parti komponen dalam MT PN kekal penting walaupun tanpa memegang jawatan Pengerusi.

“Yang paling utama ialah komitmen-hadir mesyuarat, tetapkan KPI yang jelas dan laksanakan tanggungjawab dengan serius. Kalau semua main peranan, PN boleh jadi lebih kuat ke depan,” katanya.

Berita berkaitan
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
3 jam lalu· Politik
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
7 jam lalu· Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
22 jam lalu· Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
June 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
June 24, 2026 · Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026 · Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
June 24, 2026 · Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
June 24, 2026 · Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
2 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok