Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi Awang, mengingatkan sayap pemuda partinya agar tidak bersikap terburu-buru dan mengutamakan perpaduan dalam menentukan calon perdana menteri bagi gabungan Perikatan Nasional (PN).
Nasihat itu disampaikan Presiden PAS tersebut secara berhikmah melalui serangkap pantun pada sesi penggulungan Muktamar PAS susulan gesaan supaya calon perdana menteri daripada parti tersebut diketengahkan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.
“Dari Kuala Muda pergi ke Ipoh, Berbekal ketupat pergi ke Pangkor; Orang muda memang gopoh, Dah nak melompat nanti tersungkur,” ujarnya yang disambut gelak tawa perwakilan.
Pantun itu merupakan reaksi jelas terhadap resolusi Pemuda PAS yang menggesa kepimpinan parti mengambil alih tampuk pimpinan PN dan mencalonkan perdana menteri dari PAS.
Resolusi itu diluluskan dalam muktamar sayap pemuda Jumaat lalu dan disokong perwakilan muktamar utama.
Tindakan itu dilihat sebagai jawapan kepada keputusan Bersatu yang menamakan Presidennya, Muhyiddin Yassin, sebagai calon perdana menteri PN.
Hadi bagaimanapun menekankan kepatuhan ahli kepada keputusan kepimpinan.
Beliau turut mengingatkan ahli supaya teguh dengan prinsip ‘walak’ (taat setia) dan tidak mudah dihasut yang boleh membawa perpecahan.
Menurutnya, sebarang keputusan pemimpin dibuat setelah penilaian menyeluruh untuk memastikan kemenangan.
“Ini jadi satu masalah pada kita (apabila) ketaatan, walak ini diwas-waskan oleh syaitan (yang) mencelah (bagi) menimbulkan rasa tidak bersepakat. Sepatutnya kita bersatu dalam titik persamaan, tetap bersama walau berbeza pendapat,” tegas Hadi.
Ucapannya itu dipercayai merupakan persediaan awal PAS dan PN menghadapi kemungkinan pilihan raya yang akan datang.
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum