Hadi tolak dakwaan PAS perancang utama singkir Muhyiddin

February 1, 2026 · Politik

PAS menafikan wujud sebarang perbincangan untuk menyingkirkan Muhyiddin Yassin daripada kepimpinan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menegaskan fokus utama parti adalah memastikan gabungan itu terus kukuh dan bersatu.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, permukiman tertutup PAS yang berlangsung sejak beberapa hari lalu hanya bertujuan memperkukuh kerjasama dalam PN serta memantapkan perpaduan parti komponen.

Menurutnya, dakwaan kononnya PAS merancang perubahan kepimpinan dalam gabungan itu adalah tidak benar.

“Tak betul. Kita bincang nak teruskan Perikatan Nasional dan jaga perpaduan,” katanya dipetik laporan media selepas program permukiman di Bangi.

Isu timbul selepas bekas pembantu Muhyiddin, Marzuki Mohamad sebelum ini mendakwa berlaku kemelut dalaman PN, termasuk spekulasi kemungkinan Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin mengambil alih kepimpinan PN.

Mengulas perkara sama, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menegaskan PN kekal stabil sebagai gabungan empat parti dan tidak berdepan sebarang konflik besar setakat ini.

Katanya, kerjasama politik yang terjalin sejak beberapa tahun lalu masih utuh termasuk pentadbiran di beberapa negeri.

“Kita sudah berkoalisi, mana mungkin kita ketepikan sesiapa. Empat parti dalam PN masih kuat dan tak ada masalah besar,” katanya.

Beliau menjelaskan permukiman PAS adalah program tahunan biasa yang dirangka melalui Biro Pemerkasaan Parti bagi menyusun gerak kerja sepanjang tahun, termasuk persediaan menghadapi landskap politik semasa serta kemungkinan pilihan raya negeri pada masa depan.

“Program ini memang acara tahunan. Tiada keputusan muktamad atau perbincangan kritikal dibuat,” katanya lagi.

Takiyuddin turut menjelaskan sebarang strategi pilihan raya lebih terperinci biasanya dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi PAS Pusat.

Katanya, parti hanya menilai beberapa pilihan termasuk bertanding secara gabungan atau solo.

“Itu perkara biasa dalam parti. Ada beberapa pilihan, tapi belum ada keputusan akhir,” katanya.

Berita berkaitan
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026· Politik
Hamzah sudah hantar surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Mahfodz
April 12, 2026· Politik
Tun Faisal sindir Hamzah: Masuk rumah orang jangan lupa diri nak halau tuan asal
April 12, 2026· Politik
Hamzah tak jadi tubuh parti baharu pula, sertai parti sedia ada
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
11 jam lalu · Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
15 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
16 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok