Hamzah tak jadi tubuh parti baharu pula, sertai parti sedia ada

April 11, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin memberi bayangan untuk menyertai parti politik sedia ada bersama kumpulan 18 Ahli Parlimen yang dilabel pengkhianat dalam Bersatu dan tidak jadi meneruskan penubuhan parti baharu.

Bekas timbalan presiden Bersatu yang dipecat itu berkata, landskap politik negara ketika ini memerlukan pengukuhan parti sedia ada, bukannya penambahan parti baharu yang berisiko memecahkan sokongan rakyat.

“Parti tidak boleh sekadar menjadi platform pertemuan atau aktiviti semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan sebagai satu perjuangan yang jelas dan berprinsip,” katanya dipetik laporan media.

Menurut beliau, pendekatan lebih praktikal ialah menyertai parti sedia ada dan melakukan perubahan dari dalam bagi memastikan ia terus relevan.

“Ada orang tanya saya, nak tubuh parti baharu atau sertai parti lama. Saya tak bersetuju untuk kita menubuhkan parti baharu, tetapi kalau kita masuk parti lama dan kita perbesarkan, itu saya bersetuju,” katanya lagi.

Beliau menambah, keutamaan ketika ini adalah memastikan parti yang disertai mampu menjadi wadah perjuangan yang jelas dalam membela agama, bangsa dan negara.

Mengulas spekulasi kononnya beliau bakal menyertai PAS, Hamzah tidak mengesahkan perkara tersebut.

“Kita dalam politik ni, desas-desus itu bukan kepastian. Sebab itu saya memilih untuk tidak mengulas lanjut,” katanya.

Hamzah sebelum ini dipecat daripada parti Bersatu, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hala tuju politik beliau dan kumpulan ‘Reset’.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengesahkan bahawa Reset Melaka akan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berita berkaitan
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
11 jam lalu· Politik
PN diresapi ‘sistem Mullah’, PAS buat keputusan bersendirian: Tun Faisal
June 14, 2026· Politik
Wong Chen belum buat keputusan tinggalkan PKR
June 14, 2026· Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
June 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
2 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu · Politik
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok