Harga barang kekal stabil selagi bekalan cukup: Mohamad Sabu

April 4, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan bahawa harga barangan makanan ketika ini masih stabil dan tidak akan dinaikkan selagi bekalan import serta tempatan kekal mencukupi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, setakat ini situasi bekalan makanan negara berada pada tahap terkawal tanpa sebarang gangguan besar.

Menurutnya, kestabilan harga bergantung kepada stok simpanan sedia ada.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan perubahan harga sekiranya stok tersebut habis dan perlu digantikan dengan bekalan baharu pada harga berbeza.

“Saya kata, kesannya itu bergantung kepada keadaan, saya tidak jamin untuk tempoh yang lama. Apabila stok dalam simpanan kita habis dan kita terpaksa menggunakan stok baharu dengan harga baharu, maka mungkin akan berlaku perubahan harga,” katanya selepas merasmikan Program Sentuhan Agro Madani di Melaka.

Tambah beliau, kerajaan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dalam situasi krisis, dengan kerjasama rapat antara kementerian dan agensi berkaitan.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh memanggil kami pada bila-bila masa untuk berbincang dan mengeluarkan arahan terkini sekiranya perlu,” katanya lagi.

Pada masa sama, agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan terus menyalurkan maklumat kepada petani bagi memastikan mereka sentiasa peka terhadap perubahan dasar atau situasi semasa.

“LPP dan agensi lain akan memberi maklumat terus kepada petani jika ada sebarang perubahan yang akan berlaku,” jelasnya.

Untuk rekod, isu kenaikan harga makanan sering menjadi kebimbangan rakyat, terutama susulan ketidaktentuan harga global, kos import dan gangguan rantaian bekalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, kerajaan menegaskan pemantauan berterusan sedang dilakukan bagi memastikan bekalan kekal mencukupi dan harga tidak melonjak secara mendadak.

Berita berkaitan
KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak
2 jam lalu· Isu semasa
Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global
2 jam lalu· Isu semasa
Pergerakan pasaran bursa dijangka kekal berhati-hati minggu depan
18 jam lalu· Isu semasa
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
18 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX pertahan bantuan ke Gaza, tanda prihatin berterusan sesama umat Islam
18 jam lalu · Isu semasa
Madani Mart akan dibuka di setiap DUN, tawar harga berpatutan
April 4, 2026 · Isu semasa
Perbahasan isu harga minyak perlu berasas fakta: Anwar
April 4, 2026 · Isu semasa
Fahmi rakam ucapan takziah atas pemergian Ling Liong Sik
April 4, 2026 · Isu semasa
159 berita palsu berhubung krisis tenaga diturunkan MCMC
April 3, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok