Harga keluarga Daim di UK dibekukan SPRM

June 25, 2025 · Isu semasa

Arahan pembekuan harta ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di United Kingdom (UK) sudah dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan arahan tersebut selepas dimaklumkan kepada pihak berkuasa di UK yang bersetuju untuk membekukan aset-aset berkaitan bekas menteri kewangan itu.

“Terdapat pindaan terhadap beberapa perkara dan ia telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa UK.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa UK meneruskan tindakan pembekuan harta berdasarkan apa yang dipohon oleh SPRM,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM pada Rabu.

Azam turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa UK telah memfailkan restraining order dan bersetuju dengan permohonan SPRM pada Selasa.

Bagaimanapun, katanya, pihak defendan telah melakukan pencelahan berhubung kes tersebut.

Menurut beliau, pencelahan itu dibuat bagi meminta mahkamah mendengar berhubung pengurusan kes berkenaan.

Tambah Azam, SPRM telah mengenakan perintah larangan terhadap sejumlah aset dan harta bernilai kira-kira RM700 juta milik keluarga dan proksi yang dikaitkan dengan Tun Daim.

Media sebelum ini melaporkan bahawa tiga kediaman mewah di London merupakan antara tujuh hartanah dan satu akaun bank yang didakwa milik isteri Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan keluarganya.

Hasil siasatan yang dijalankan SPRM mendapati bahawa harta alih dan tidak alih tersebut merupakan perkara atau keterangan yang berkaitan dengan dakwaan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Berita berkaitan
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
6 jam lalu· Politik
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
14 jam lalu· Isu semasa
Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan
August 15, 2026· Isu semasa
Siasatan KWAP dalam eFishery hampir selesai
August 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
6 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
12 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
12 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
14 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok