Harga minyak dunia meningkat ekoran perang di Iran.
Harga minyak mentah global menunjukkan kenaikan ketara berikutan serangan udara Israel yang mensasarkan pemimpin Hamas di Doha, ibu negara Qatar.
Sehingga pagi ini, minyak mentah Brent meningkat 0.56 peratus kepada AS$66.39 setong, manakala minyak mentah WTI naik 0.54 peratus kepada AS$62.97 setong.
Ketua Analisis Geopolitik Rystad Energy, Jorge Leon, menyifatkan tindakan Israel itu sebagai satu lagi peristiwa yang memburukkan lagi ketegangan di Timur Tengah.
Beliau memberi amaran bahawa risiko krisis itu merebak ke seluruh rantau semakin ketara.
“Sebahagian besarnya akan bergantung kepada tindak balas Qatar yang juga sekutu rapat Amerika Syarikat dan anggota utama Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
“Tindakan Qatar seterusnya akan membentuk trajektori dinamik serantau,” jelasnya dalam satu nota penyelidikan.
Jorge turut menegaskan bahawa sebarang impak akan memburukkan lagi ketegangan di seluruh rantau Teluk dan seterusnya, sekaligus membuktikan keadaan yang sangat genting pada masa ini.
“Rundingan (membabitkan pihak Hamas) yang sememangnya goyah sebelum ini, kini kelihatan tertutup terus dan hanya menyuramkan lagi prospek bagi menyelesaikan krisis itu dalam masa terdekat,” tambahnya.
Sementara itu, Qatar telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel tersebut yang mensasarkan bangunan kediaman anggota Biro Politik Hamas.
Pihaknya menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan norma antarabangsa, serta merupakan ancaman serius terhadap keselamatan rakyat Qatar dan warga asing di negara itu.
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
Kerajaan kaji semula kerja dari rumah bagi penjawat awam, langkah berjimat
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan