Tiada negara mampu tangani cabaran telekomunikasi sendirian: Fahmi

November 11, 2026 · Isu semasa

Kerjasama antarabangsa perlu diperkukuh bagi menangani cabaran sektor telekomunikasi global yang semakin kompleks, memandangkan tiada negara mampu menghadapinya secara bersendirian.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan teknologi yang begitu pantas serta kemunculan pelbagai cabaran baharu memerlukan negara-negara saling bekerjasama dan berkongsi pengalaman bagi mencari penyelesaian berkesan.

Beliau berkata, hubungan dan jaringan kerjasama yang terjalin sepanjang Persidangan Perwakilan Penuh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2026 (ITU PP-26) perlu diteruskan menerusi lebih banyak inisiatif bersama, termasuk di luar persidangan dan di negara masing-masing.

“Saya percaya, untuk menyelesaikan cabaran yang kita hadapi, tiada negara mampu melakukannya secara bersendirian,” katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis resepsi makan tengah hari anjuran Malaysia di Pusat Pameran dan Konvensyen Doha (DECC), hari ini.

Majlis berkenaan turut menjadi sebahagian daripada usaha diplomatik Malaysia mendapatkan sokongan negara anggota bagi pemilihan semula ke Majlis ITU untuk penggal 2027 hingga 2030.

Pengundian bagi pemilihan itu dijadual berlangsung pada 16 November ini.

Fahmi yang mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan berkenaan turut menegaskan komitmen negara untuk terus memperluas kerjasama antarabangsa, selain mengekalkan pendirian berkecuali dalam menghadapi landskap digital global yang semakin mencabar.

Menurutnya, Malaysia bersedia memainkan peranan sebagai rakan kerjasama dengan menyediakan ruang untuk negara-negara berkongsi kepakaran dan membangunkan penyelesaian bersama.

“Malaysia bersedia untuk membantu dan menyediakan ruang kerjasama. Kita sebuah negara berkecuali, percaya kepada kesalingkendalian dan yakin lebih banyak manfaat dapat dicapai melalui kerjasama,” katanya.

ITU PP-26 merupakan persidangan utama Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang menghimpunkan negara anggota bagi membincangkan hala tuju dasar, pembangunan dan kerjasama sektor telekomunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di peringkat global.

Penyertaan Malaysia dalam persidangan itu juga penting bagi memperkukuh kedudukan negara dalam kerjasama digital antarabangsa serta menyumbang kepada pembentukan ekosistem telekomunikasi global yang lebih inklusif dan mampan.

Berita berkaitan
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
2 jam lalu· Isu semasa
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
8 jam lalu· Isu semasa
Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura susulan isu jerebu
November 15, 2026· Isu semasa
Tiga pelancong Malaysia didenda RM1,447 gara-gara halang trafik di Hat Yai
November 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
10 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
11 jam lalu · Isu semasa
PMKS berpeluang tembusi pasaran China menerusi ACFTA 3.0: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Dua tahun terhenti, Litar Lumba Sungai Petani disasar siap 2027: Sanusi
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok