Harga semasa petrol.
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.26 dan RM2.63 seliter bagi tempoh 27 November hingga 3 Disember ini.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung juga diturunkan 2 sen kepada RM3.08 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) juga kekal pada paras RM1.99 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
Menurut MOF, penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum