Hassan cadang PMX mohon maaf jika tiada bukti dakwaan terhadap Muhyiddin

August 6, 2025 · Politik

Ahli Parlimen (MP) Pasir Gudang, Hassan Karim menegaskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu memohon maaf secara terbuka sekiranya gagal membuktikan dakwaannya bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mempertahankan pemberian subsidi petrol kepada warga asing.

MP veteran PKR itu berkata, tindakan memohon maaf itu penting untuk mengekalkan hubungan baik antara kedua-dua pemimpin yang sama-sama beragama Islam.

“Jika tidak dapat dibuktikan kenyataan tersebut, saya percaya langkah terbaik adalah perdana menteri memohon maaf dengan ikhlas kepada Muhyiddin,” kata Hassan dipetik laporan Malaysiakini.

Hassan turut menyentuh mengenai prinsip integriti dalam politik, dengan menegaskan beliau tidak bersetuju dengan penyalahgunaan imuniti parlimen untuk membuat kenyataan bersifat fitnah.

“Saya sangat percaya kepada keluhuran integriti seseorang. Saya menentang segala bentuk fitnah, termasuk yang menggunakan alasan imuniti parlimen,” tegasnya.

Isu ini tercetus ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, apabila Anwar mendakwa Muhyiddin pernah mempersoalkan keputusan kerajaan mengecualikan warga asing daripada subsidi petrol.

Muhyiddin kemudian menafikan keras dakwaan tersebut melalui Facebook, menyifatkannya sebagai pembohongan dan fitnah, sambil mencabar Anwar mengemukakan bukti.

Hassan berharap isu ini dapat diselesaikan secara berhemah demi menjaga maruah institusi Parlimen dan hubungan antara pemimpin politik.

“Sebagai pemimpin, kita perlu menunjukkan contoh terbaik dalam menyelesaikan pertikaian,” tambah Hassan yang terkenal dengan pendirian tegasnya mengenai etika politik.

Perkembangan ini dijangka menjadi bahan perbincangan hangat dalam kalangan ahli politik apabila sidang Parlimen bersambung minggu depan.

Berita berkaitan
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu· Isu semasa
AMK sindir PAS: Sejak bila jadi jurucakap UMNO?
22 jam lalu· Politik
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
September 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
1 jam lalu · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
1 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
1 jam lalu · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
1 jam lalu · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok