Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) disahkan terlibat dalam kemalangan.
Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) disahkan terlibat dalam kemalangan, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
CAAM dalam kenyataan berkata sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran9M-PHG, berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor hari ini.
Helikopter tersebut berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang, jam 9:51 pagi, membawa lima orang termasuk juruterbang.
“Kesemua lima mangsa telah diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa kejeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Johor.
“Mangsa kini sedang dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut CAAM, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawahKementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum