Ibu bapa benteng utama keselamatan digital anak: Fahmi

September 12, 2026 · Isu semasa

Ibu bapa tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab keselamatan digital anak kepada kerajaan dan pihak berkuasa, sebaliknya perlu menggunakan fungsi kawalan ibu bapa bagi memantau serta mengehadkan penggunaan Internet di rumah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, usaha mewujudkan ekosistem digital yang selamat memerlukan penglibatan aktif pengguna, khususnya ibu bapa yang menjadi benteng pertama melindungi anak daripada kandungan negatif dan ancaman dalam talian.

Katanya, walaupun kerajaan boleh menetapkan had umur serta garis panduan keselamatan, langkah itu tidak memadai tanpa pengawasan di peringkat keluarga.

“Ini penting kerana untuk melengkapkan aspek keselamatan digital, dengan kita mengharapkan hanya MCMC, polis dan pihak berwajib, itu belum memadai.

“Kerajaan, pihak berwajib boleh menentukan had tertentu tapi akhirnya pengguna yang menggunakan Internet itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 Peringkat Parlimen Lembah Pantai di Dataran Pantai Ria, hari ini.

Fahmi berkata, pelbagai aplikasi digital kini menyediakan fungsi kawalan ibu bapa yang boleh digunakan untuk memantau aktiviti dalam talian serta mengehadkan akses anak-anak kepada kandungan tertentu.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan siber yang semakin canggih, termasuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penapis wajah untuk meyakinkan mangsa.

Menurutnya, penipu kini menggunakan pelbagai kaedah bagi membina kepercayaan dan hubungan emosi dengan mangsa sebelum mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang atau maklumat peribadi.

“Macam-macam aplikasi dan cara orang guna untuk menyakinkan yang kita bercakap dengan orang yang tampan, lawa. Dia nak kita jatuh hati dengan dia.

“Dia nak kita bagi dia duit dan akhirnya kita kehilangan macam-macam perkara,” katanya.

Peringatan itu hadir ketika penggunaan teknologi AI semakin meluas dan kaedah penipuan dalam talian turut berkembang, menjadikan kesedaran serta kawalan penggunaan Internet dalam kalangan keluarga semakin penting.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
1 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
2 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
11 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok