Ibu bapa perlu pantau anak, elak salah guna media sosial: Fahmi

October 16, 2025 · Isu semasa

Fahmi Fadzil menegaskan ibu bapa memikul tanggungjawab penting untuk memantau aktiviti anak-anak mereka, terutamanya di platform media sosial, bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan.

Menteri Komunikasi itu menekankan persekitaran sekolah bukanlah pusat jagaan dan tanggungjawab mendidik anak tidak terletak di bahu guru semata-mata.

“Ubah satu pemikiran, sekolah bukan pusat jagaan. Di rumah, ibu bapa perlu tahu apa aktiviti anak-anak. Kamu semua juga ada peranan,” katanya semasa program Kempen Internet Selamat (KIS) bersama pelajar Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Kota Kinabalu di Inanam hari ini.

Fahmi turut mengingatkan generasi muda yang sudah dewasa agar menjadi teladan yang baik dan tidak mudah terjerumus dengan salah guna media sosial.

Beliau kemudiannya mengambil iktibar daripada kes viral berita palsu berkenaan Allahyarhamah Zara Khairina Mahathir baru-baru ini sebagai contoh.

“Mula-mula semua orang percaya arwah meninggal dibunuh dalam mesin basuh. Itu tidak betul. Perempuan itu seorang cikgu bahasa Inggeris di Kuala Lumpur. Dia menyampaikan maklumat palsu yang menjadi viral,” jelas Fahmi.

Beliau memaklumkan individu yang menyebarkan berita palsu itu telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Fahmi juga mendedahkan satu lagi insiden melibatkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pakar patologi dalam satu siaran TikTok Live mengenai kes berkenaan.

“Orang ramai percaya dia seorang pakar forensik yang berada di bilik bedah. Rupa-rupanya, setelah disiasat bersama KKM, dia bukan doktor. Siapa dia? Seorang penipu di Kota Damansara,” beritahu Fahmi.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai keupayaan untuk mengesan individu yang menjadi hos atau admin siaran sedemikian.

“Kita hantar pasukan khas. Akhirnya, lelaki itu berjaya ditahan. Bila disemak, dia langsung bukan Professor, Datuk, Dr. mahupun Tunku seperti yang didakwa. Penipu sejati rupanya. Dia telah ditangkap dan menunggu untuk dibicarakan,” kongsinya.

Fahmi mengakhiri pesanannya dengan menyeru semua pihak, terutamanya generasi muda yang bakal melanjutkan pelajaran, agar lebih berhati-hati dengan setiap maklumat yang diterima.

“Universiti adalah tempat untuk kita menjadi manusia yang baik dan membangunkan masyarakat. Jadi, kita kena berhati-hati dengan semua maklumat, terutamanya dalam bentuk video,” tegasnya.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
19 jam lalu· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
21 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
21 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
17 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
19 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok