Kes scam..
Seorang ibu tunggal kerugian RM60,500 selepas menjadi mangsa penipuan cinta atau ‘love scam’ oleh seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi TikTok bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu mula berkenalan dengan suspek di TikTok sebelum hubungan mereka menjadi lebih rapat menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut beliau, selepas beberapa hari berhubung, suspek mula meminta bantuan kewangan daripada mangsa dengan alasan memerlukan wang untuk pembayaran hotel.
“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai telah membuat pemindahan wang sebanyak RM500 pada 10 April lalu. Beberapa hari kemudian, suspek sekali lagi merayu agar mangsa meminjamkan wang sebanyak RM60,000 kononnya bagi membuka semula akaun banknya yang disekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata, wanita terbabit yang percaya dengan alasan diberikan sanggup membuat pinjaman peribadi selain menggunakan wang simpanannya sebelum memindahkan keseluruhan RM60,000 ke akaun yang diberikan suspek pada 24 April lalu.
Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila gagal menghubungi lelaki berkenaan beberapa hari selepas transaksi dibuat.
Beliau berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada pukul 10.01 malam semalam selepas dinasihatkan ahli keluarga.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Penipuan ‘love scam’ dilihat semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini apabila sindiket menggunakan media sosial untuk mendekati mangsa sebelum memperdayakan mereka dengan pelbagai alasan kewangan.
Polis turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai individu yang baru dikenali di platform dalam talian, terutama apabila melibatkan permintaan wang.
Kerajaan kaji semula perbelanjaan susulan krisis global: Akmal Nasrullah
Anwar ajak rakyat tolak kebencian sempena Hari Wesak
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi