Implikasi cukai sudah diambil kira dalam perjanjian perdagangan dengan AS: MOF

November 6, 2025 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan semua implikasi berkaitan kutipan cukai telah diteliti dan diambil kira sebelum termeterainya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata kerajaan telah memastikan perjanjian yang dimeterai itu memberi manfaat menyeluruh kepada negara dari pelbagai sudut termasuk aspek percukaian.

“Dari segi perjanjian yang dibuat, kita perlu lihat secara menyeluruh. Aturan dan perjanjian terbaik adalah yang telah kita capai.

“Dalam aspek cukai, pandangan sudah diberi dan ia diambil kira dalam perjanjian tersebut. Apa yang penting sekarang ialah kita boleh bergerak ke depan,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa bagi MOF di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, penetapan tarif yang dipersetujui dalam ART akan memberi kejelasan kepada industri tempatan dan membuka peluang kepada pelaburan langsung asing (FDI) untuk terus berkembang di Malaysia.

“Ia akhirnya memberi kelegaan kepada industri dan membuka ruang kepada lebih banyak FDI masuk ke negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir Hamzah turut memaklumkan sejak 2005 hingga kini, seramai 84,500 pesakit menerima manfaat daripada Tabung Bantuan Perubatan (TBP) dengan jumlah kelulusan bernilai RM793.7 juta.

“Bagi tahun ini sahaja, sehingga Oktober lalu, sebanyak 3,800 permohonan telah diluluskan melibatkan jumlah RM56.2 juta. Tabung ini membantu golongan kurang berkemampuan menampung kos rawatan, peralatan perubatan, rehabilitasi dan ubat-ubatan,” katanya.

Antara bidang rawatan yang mendapat bantuan termasuk kardiologi, ortopedik, respiratori, pembedahan dan rehabilitasi.

Sementara itu, menyentuh mengenai polisi berkaitan pelaburan insurans hayat (ILP), beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperketat garis panduan agar pemegang polisi lebih memahami risiko pelaburan.

“Syarikat insurans dan pengendali takaful diwajibkan mendedahkan prestasi pelaburan serta kecukupan premium kepada pemegang polisi setiap tahun. ILP ini lebih kompleks dan memerlukan pertimbangan risiko yang lebih teliti,” jelasnya.

Berita berkaitan
Hutang tinggi dorong reformasi fiskal kerajaan
January 22, 2026· Isu semasa
ART Malaysia-AS masih dalam rundingan: PMX
January 20, 2026· Isu semasa
SARA kategori bujang mula masuk hari ini
January 16, 2026· Isu semasa
Kutipan Kastam cecah RM76 bilion, lepasi sasaran MOF
January 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
January 24, 2026 · Isu semasa
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
17 jam lalu · Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok